KPM pula silap papar Jalur Gemilang

PUTRAJAYA 24 April – Ketika Kementerian Pendidikan (KPM) melaksanakan pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam murid di semua institusi pendidikannya, timbul pula ‘kesilapan’ paparan bendera oleh kementerian itu. Hari ini tular gambar kesilapan pemaparan Jalur Gemilang yang dicetak dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2024 yang diedarkan, hari ini. Bagaimanapun KPM mengambil tindakan tegas dan serta-merta terhadap semua pihak yang terbabit susulan kesilapan pemaparan Jalur Gemilang itu dalam laporan yang diedarkan, hari ini. Dalam satu kenyataan, KPM menegaskan, kecuaian itu tidak boleh diterima kerana Jalur Gemilang adalah lambang kebesaran…

Read More

Ramli Ngah Yang Dipertua Negeri

KUALA LUMPUR 24 April – Bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tun Ramli Ngah Talib dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang kesembilan berkuat kuasa 1 Mei ini. Beliau menerima surat cara pelantikan itu daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dalam Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang di Singgahsana Kecil, Istana Negara di sini hari ini. Pada istiadat sama, Ramli, 84, yang juga bekas Menteri Besar Perak turut dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) yang membawa gelaran Tun. Ramli dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau…

Read More

PBAKL 2025 sasar 1.9 juta pengunjung

KUALA LUMPUR 24 April – Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 yang akan berlangsung mulai 23 Mei hingga 1 Jun ini menyasarkan 1.9 juta pengunjung, kata Pengerusi Pengelola PBAKL, Mohd Khair Ngadiron. Beliau memberitahu, tahun lalu, sasaran kehadiran adalah 1.5 juta tetapi sepanjang tempoh 10 hari pesta itu berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, sebanyak 1.8 juta pengunjung direkodkan. “Saya yakin sasaran 1.9 juta pengunjung pada tahun ini mampu dicapai berdasarkan sambutan oleh pemain industri yang memberangsangkan. Malah tahun lalu, kita terpaksa membina dewan baharu bagi memenuhi…

Read More

Rakyat Palestin berdepan satu lagi Nakba

RAMALLAH – Rakyat Palestin kini berdepan keadaan yang menyerupai satu lagi Nakba (malapetaka) sekali gus mengancam kewujudan dan perjuangan nasional mereka, kata Presiden Palestin Mahmoud Abbas . Beliau memberi amaran perkembangan semasa merupakan kesinambungan bencana lampau, termasuk Nakba 1948 (penghapusan etik dan pembentukan negara Yahudi di Palestin), pengusiran 1967 dan perpecahan politik dalaman pada 2007. “Kita sedang berdepan bahaya besar yang semakin menyerupai Nakba baharu, yang mengancam kewujudan kita dan memberi isyarat kepada pelupusan perjuangan nasional Palestin,” katanya. pada pembukaan sesi ke-32 Majlis Pusat Palestin di Dewan Ahmed Shuqairy di…

Read More

Kempen PRU Singapura bermula

SINGAPURA – Parti Tindakan Rakyat (PAP) memulakan hari penamaan calon Pilihan Raya Umum (PRU) semalam dengan memenangi lima kerusi tanpa bertanding, di Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) baharu Marine Parade-Braddell Heights Susulan itu, PRU pada 3 Mei ini menyaksikan 92 daripada 97 kerusi Parlimen akan dipertandingkan, di mana parti pemerintah PAP menurunkan calon di baki 32 kawasan, merangkumi 17 GRC dan 15 Kawasan Undi Perseorangan (SMC). Perdana Menteri Lawrence Wong dan pasukannya akan berdepan pertandingan satu lawan satu menentang Parti Demokratik Singapura (SDP) dalam usaha mempertahankan kubu empat kerusi PAP…

Read More

PKR: 10,000 perwakilan undi secara fizikal

SEPANG 23 April – Kongres Nasional PKR 2025 yang akan berlangsung di Johor Bharu Mei depan dijangka dihadiri kira-kira 10,000 perwakilan dan mengundi secara fizikal, manakala lebih 20,000 perwakilan diunjurkan akan mengundi di atas talian. Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh, berkata Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) mengesahkan berkaitan Kongres yang akan berlangsung pada 23, 24 dan 25 Mei dengan 23 Mei Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita Nasional. “Buat pertama kalinya, Kongres Nasional 2025 akan menggunapakai konsep ‘proportionate representation’ untuk perwakilan seperti sudah diluluskan dalam Kongres Khas pada…

Read More

Tiada agenda DAP pinda Perlembagaan Persekutuan.

SEPANG 23 April – Parti Tindakan Demokratik (DAP) sentiasa menjunjung, menghormati dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan tidak timbul niat atau agenda untuk mengubah atau meminda perkara-perkara asas di dalamnya. Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Syahredzan Johan berkata, ini termasuk Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan istimewa orang Melayu dan Orang Asal Sabah dan Sarawak, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. “Sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan, serta hak dan kepentingan sah kaum dan masyarakat lain dalam Malaysia. Pendirian ini telah dinyatakan berkali-kali oleh pemimpin-pemimpin parti dan juga oleh para perwakilan dalam persidangan dan…

Read More

RM1 bilion biayai pembangunan infrastruktur tanaman padi.

ALOR SETAR 23 April – Menteri Besar,  Muhammad Sanusi Md Nor menjelaskan, peruntukan RM1 bilion bagi membantu sektor penanaman padi di Kedah bukan bantuan langsung kepada kerajaan negeri sebaliknya adalah bagi membiayai pembangunan infrastruktur berkaitan. Beliau berkata, insentif khas RM200 juta yang dituntut Kedah adalah bagi pampasan di atas kos melepas yang terpaksa ditanggung negeri demi mengekalkan kawasan tanaman padi. “Perkara yang kita cakap ini berkaitan cukai tanah sawah padi. Itulah hasil negeri selain sumber air mentah yang itu sebahagian sahaja kerana untuk air terawat bukan lagi sumber kerajaan negeri…

Read More