KUALA LUMPUR 26 April – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sentiasa mengamalkan prinsip siasatan yang bebas, telus dan profesional dalam semua operasi, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki. Beliau juga menegaskan siasatan yang dijalankan badan pencegahan rasuah itu sentiasa bebas tanpa sebarang campur tangan politik. Azam menarik perhatian mengenai siasatan kes-kes berprofil tinggi di mana SPRM bertindak tanpa takut atau pilih kasih, tidak kira individu yang terlibat sama ada bekas pemimpin tertinggi negara, wakil rakyat negeri atau pengarah syarikat besar. “SPRM akan terus memberi tumpuan kepada kes-kes grand corruption…
Read MoreAuthor: Hassan Mohd. Noor
Media Hari Ini Sabtu 26.04.2025
Warna biru mana satu kuasai Ayer Kuning
SIAPA kuasai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning? Mampukah Perikatan Nasional (PN) mengurangkan kerusi Barisan Nasional (BN) kepada lapan atau lebih tepat tujuh atas nama UMNO? Apakah akan ada keajaiban? Semua persoalan itu akan terjawab apabila 31,315 pengundi berdaftar bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning menunaikan tanggungjawab mereka memilih wakil rakyat esok, Sabtu 26 April selepas tamat 14 hari tempoh berkempen. Di atas kertas tidak ada sebab BN boleh kehilangan kerusi itu berdasarkan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu ditambah pula dengan sokongan sekutunya dalam Kerajaan Perpaduan…
Read MoreKuota haji 31,600, rayuan 85,000
ALOR SETAR 26 April – Rayuan untuk menunaikan haji tahun ini adalah 85,000, hampir tiga kali ganda daripada kuota 31,600 jemaah yang diperuntukkan kerajaan Arab Saudi,, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Na’im Mokhtar, Justeru, beliau berharap Kerajaan Arab Saudi akan mempertimbang permohonan Malaysia untuk mendapatkan tambahan 10,000 kuota haji. “Kita sudah mengemukakan permohonan rasmi kepada Kerajaan Arab Saudi bulan lalu. Malam tadi (kelmarin) saya juga menghantar mesej kepada rakan sejawat saya, Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Taw-fig Fawzan Al-Rabiah, bagi mendapatkan perkembangan…
Read MoreMenteri, KSU, KP perlu ambil tanggungjawab
SEPANG 25 April – Putra mendesak Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tindakan tatatertib terhadap pihak yang bertanggungjawab atas kesilapan pemaparan Jalur Gemilang dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini. Ketua Penerangan Putra, Shahrulufti Sharif berkata, pentabiran utama iaitu Menteri, Ketua Setiausaha (KSU) dan Ketua Pengarah (KP) Pendidikan mesti mengambil tanggungjawab moral susulan peristiwa yang dilihat sebagai meremehkan simbol kedaulatan negara. “Sebagai tanda tanggungjawab, Menteri Pendidikan boleh meletak jawatan secara bermaruah manakala KSU dan KP Pendidikan dirujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA),” katanya.…
Read MoreMedia Hari Ini Jumaat 25.04.2025
Terengganu larang jual vape mulai 1 Ogos
KUALA TERENGGANU 24 April – Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang bermesyuarat semalam bersetuju menguatkuasakan larangan penjualan produk rokok elektronik (vape) di semua premis seluruh negeri mulai 1 Ogos ini. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah, berkata keputusan itu adalah langkah proaktif bagi membendung penjualan dan penggunaan vape yang memberi kesan negatif terhadap kesihatan rakyat terutama generasi muda. Katanya, antara keputusan yang dipersetujui ialah kerajaan negeri mengekalkan dasar sedia ada dengan tidak meluluskan lesen perniagaan kepada mana-mana premis yang menjual produk vape selaras dengan…
Read MoreJohor cuti peristiwa 28 April
JOHOR BAHRU 24 April – Menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia 2024 antara Johor dan Sri Pahang pada Sabtu ini, kerajaan negeri mengisytiharkan hari Isnin, 28 April sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi seluruh rakyat Johor. Menteri Besar, Onn Hafiz Ghazi, berkata cuti peristiwa itu sebagai tanda sokongan padu dan penghargaan terhadap pencapaian cemerlang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT). “Syukur Alhamdulillah. Tahniah pasukan JDT kerana berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2024 menentang Sri Pahang pada Sabtu ini, 26 April 2025. “Menjunjung titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, dengan ini…
Read MoreKKM sedia semak semula akta berkaitan rokok, vape
PUTRAJAYA 24 April – Kementerian Kesihataan (KKM) bersedia menyemak semula akta berkaitan rokok dan vape sekiranya terdapat keperluan atau bukti tertentu mengenainya, kata Menterinya, Dr Dzulkefly Ahmad. “Undang-undang ini memang sifatnya hidup dan dinamik, ia selalu responsif. Saya terbuka untuk menyemak semula jika perlu, ia dikawal selia secara rapi, merokok dan vaping ini terutama dalam kalangan golongan sasaran OBD,” katanya. Bagaimanapun, pada masa yang sama KKM akan mempertingkatkan pendekatan kawal selia penguatkuasaan terhadap rokok elektronik dan vape menerusi Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852). Katanya, penguatkuasaan…
Read MoreBidaan A9A bernilai RM902,020
PELABUHAN KLANG 24 April – Bidaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Siri A A mencatatkan hasil kutipan keseluruhan sebanyak RM24 juta dengan harga paling tinggi dibida adalah A9A dengan nilai RM902,020. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata bidaan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari JPJ Ke-79 itu merekodkan penyertaan 24,470 orang pembidq dan sebanyak 6,746 berjaya memenangi nombor pendaftaran masing-masing. Bidaan itu dibuka sejak 19 April lalu dan berakhir semalam juga menunjukkan, A11A merupakan bidaan kedua tertinggi dengan nilai RM703,007, diikuti A8A berada pada bidaan ketiga tertinggi dengan nilai RM700,000. Manakala, A7A adalah…
Read More