KPM pula silap papar Jalur Gemilang

PUTRAJAYA 24 April – Ketika Kementerian Pendidikan (KPM) melaksanakan pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam murid di semua institusi pendidikannya, timbul pula ‘kesilapan’ paparan bendera oleh kementerian itu.

Hari ini tular gambar kesilapan pemaparan Jalur Gemilang yang dicetak dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2024 yang diedarkan, hari ini.

Bagaimanapun KPM mengambil tindakan tegas dan serta-merta terhadap semua pihak yang terbabit susulan kesilapan pemaparan Jalur Gemilang itu dalam laporan yang diedarkan, hari ini.

Dalam satu kenyataan, KPM menegaskan, kecuaian itu tidak boleh diterima kerana Jalur Gemilang adalah lambang kebesaran dan kedaulatan negara.

“KPM memohon maaf atas kesilapan pemaparan Jalur Gemilang dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan SPM seperti yang diedarkan, hari ini.

“Tindakan tegas dan serta-merta sudah diambil ke atas semua yang terbabit. Siasatan terperinci juga sedang dilaksanakan. Laporan analisis yang dicetak sudah diminta untuk dikembalikan semula, dan pembetulan segera sedang dilakukan,” katanya.

Terdahulu, tular gambar kesilapan pemaparan Jalur Gemilang yang dicetak dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2024 yang diedarkan, hari ini.

Gambar itu memaparkan Jalur Gemilang tidak mengikut reka bentuk sepatutnya, yang dilihat digantung di bahagian hadapan sebuah bilik darjah.

Untuk rekod, KPM mulai 21 April lalu secara berperingkat melaksanakan pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam murid di semua institusi pendidikan bawah kelolaannya.

Langkah ini melibatkan sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru Malaysia dengan tujuan menyemai semangat patriotisme dalam kalangan murid dan pendidik.

Sebagai sokongan kepada inisiatif ini, setiap murid akan dibekalkan dua unit lencana Jalur Gemilang secara percuma untuk sesi persekolahan 2025/2026.

Nnn

Related posts

Leave a Comment