SEPANG 25 April – Putra mendesak Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tindakan tatatertib terhadap pihak yang bertanggungjawab atas kesilapan pemaparan Jalur Gemilang dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.
Ketua Penerangan Putra, Shahrulufti Sharif berkata, pentabiran utama iaitu Menteri, Ketua Setiausaha (KSU) dan Ketua Pengarah (KP) Pendidikan mesti mengambil tanggungjawab moral susulan peristiwa yang dilihat sebagai meremehkan simbol kedaulatan negara.
“Sebagai tanda tanggungjawab, Menteri Pendidikan boleh meletak jawatan secara bermaruah manakala KSU dan KP Pendidikan dirujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA),” katanya.
Dalam satu kenyataan , beliau berkata, kesilapan ini menjejaskan imej dan maruah negara dan permohonan maaf tidak mencerminkan akauntabiliti,
Justeru Putra menuntut penjelasan terperinci mengenai punca kesilapan ini dan langkah-langkah pencegahan yang akan diambil.
“ Isunya bukan 3R atau rasis, ianya soal kedaulatan negara, bukan juga soal kaum tetapi soal *rule of law* atau soal undang-undang negara, bangsa apa pun yang mencemar atau menodai kedaulatan negara wajib dikenakan hukuman,” katanya.
Putra turut mempersoalkan sama ada perkara ini berlaku untuk mengimbangi kehilangan bulan sabit di Jalur Gemilang melibatkan akhbar Sin Chew Daily sebagai mesej alih pandangan kononnya kesilapan tidak sengaja.
KPM katanya gagal memastikan ketepatan dan penghormatan terhadap simbol kebangsaan, Jalur Gemilang dan kesilapan ini mencerminkan kelemahan dalam kawalan kualiti dan pengurusan dalaman KPM yg amat ketara dan mendukacitakan.
“Putra menyeru semua pihak untuk mengambil pengajaran dan memastikan simbol kedaulatan negara saperti Jalur Gemilang, Lagu Negaraku, Rukun Negara dan Asas Perlembagaan Negara 153 sentiasa dihormati, dipatuhi dan dipertahankan ketitisan darah yang terakhir.Membujur Lalu Melintang Patah,” tegasnya.
Nnn