PELABUHAN KLANG 24 April – Bidaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Siri A A mencatatkan hasil kutipan keseluruhan sebanyak RM24 juta dengan harga paling tinggi dibida adalah A9A dengan nilai RM902,020.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata bidaan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari JPJ Ke-79 itu merekodkan penyertaan 24,470 orang pembidq dan sebanyak 6,746 berjaya memenangi nombor pendaftaran masing-masing.
Bidaan itu dibuka sejak 19 April lalu dan berakhir semalam juga menunjukkan, A11A merupakan bidaan kedua tertinggi dengan nilai RM703,007, diikuti A8A berada pada bidaan ketiga tertinggi dengan nilai RM700,000.
Manakala, A7A adalah NPI keempat tertinggi dengan nilai bidaan RM502,000 dan kelima tertinggi A2A dengan nilai RM490,888.
Beliau berkata demikian selepas memyempurnakan Majlis Pelancaran Program Latihan Pemandu Lori Pengangkut Kereta untuk Pengendalian Kenderaan Elektrik (EV) di Terminal Pelayaran Pelabuhan Klang (PKCT) di Pulau Indah di sini hari ini.
Loke berkata, lima nombor paling banyak dibida adalah A51A melibatkan 40 pembida, A101A (31 pembida), A8118A (29 pembida), A1881A (27 pembida) dan A19A (27 pembida).
Nn
