Cubaan seludup 40kg bunga ganja

TANJONG 2 Nov. – Seorang lelaki ditahan ketika cuba membawa 40 kilogram bunga ganja bernilai RM3.2 juta ke London menggunakan penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di sini, pada 18 Oktober lalu. Suspek yang berusia 28 tahun itu ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang kira-kira pukul 5 petang ketika berada di ruang menunggu lapangan terbang berkenaan. Ketua Polis Pulau Pinang, Dennis Lim Kwang Keng berkata, pemeriksaan terhadap bagasi yang dibawa suspek menemukan 40 kilogram bunga ganja yang disyaki bagi diseludup ke London. Katanya ,…

Read More

Orang baik jangan letak dalam ‘peti sejuk’

KUALA LUMPUR 2 Nov. – Seorang Ahli Parlimen mencadangkan supaya Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS),  Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik sebagai anggota pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat. Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) berkata cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily termasuk sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dalam bidang penguatkuasaan, selain dilihat mampu menjimatkan perbelanjaan kerajaan. “Memandangkan Mohd Shuhaily sudah dipindahkan daripada AKPS ke Kementerian Dalam Negeri (KDN), selama mana beliau berdepan dengan pertuduhan di…

Read More

Mohd Shuhaily kembali bertugas

PUTRAJAYA 2 Nov. –  Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Mohd Shuhaily Mohd Zain, kembali memulakan tugasnya hari ini selepas bercuti pada minggu lalu. Beliau mempengerusikan Mesyuarat Commander’s Call Bil. 3/2026 yang menghimpunkan semua Pegawai Kanan dan Komander Pintu Masuk AKPS. Menerusi hantaran di Facebook AKPS, mesyuarat memberi tumpuan kepada Gerak Atur 2027, khususnya dalam memperkukuh hala tuju strategik, kesiapsiagaan operasi serta keberkesanan kawalan dan perlindungan sempadan negara. “Fokus jelas. Gerak kerja diperkemas. Misi diteruskan. AKPS terus komited memperkukuh kecekapan pengoperasian, integriti dan keselamatan pintu masuk negara,”…

Read More

Tindakan ketenteraan sukarkan penyelesaian

IOWA – Tindakan ketenteraan Amerika Syarikat (AS) terhadap kepimpinan Iran mungkin telah menyukarkan usaha mencari penyelesaian melalui rundingan, kata Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump. Beliau bagaimanapun terus mempertahankan kempen ketenteraan Washington terhadap Tehran dan menegaskan bahawa konflik itu tercetus akibat tindakan Iran dan bukannya AS. Berucap pada perhimpunan penyokong Parti Republikan di Dubuque, Iowa, menjelang pilihan raya pertengahan penggal AS, Trump mendakwa Iran telah lama mengancam kepentingan AS, termasuk sejak Revolusi Iran pada 1979. Beliau turut mengaitkan Tehran dengan pelbagai serangan terhadap tentera serta kepentingan AS di Asia Barat.…

Read More

Dua kapal tangki terbakar di Selat Hormuz

TEHRAN – Dua kapal tangki minyak mentah terbakar selepas didakwa terkena periuk api di Selat Hormuz ketika usaha diplomatik untuk meredakan konflik antara Tehran dan Amerika Syarikat (AS) terus dijalankan. Menurut Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC), kedua-dua kapal itu terbakar ketika negara-negara Teluk mengecam serangan terhadap sebuah kapal pengangkut gas asli cecair (LNG) Qatar yang dilaporkan berlaku pada Jumaat. Tiada butiran lanjut mengenai identiti kapal, tahap kerosakan atau jumlah mangsa dalam kejadian itu. Sementara itu, Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, berkata rundingan melalui pihak pengantara masih diteruskan bagi melaksanakan…

Read More

Hadi ziarah Dr Mahathir

SEPANG 1 Nov. – Presiden Pas Abdul Hadi Awang menziarahi Dr Mahathir Mohamad di kediaman bekas Perdana Menteri itu pagi ini. Menerusi foto hantaran di Facebooknya, turut sama sama Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassan dan Ahli Parlimen Bachok Syahir Sulaiman. “Saya ucapkan kepada Tun dengan satu hadis Nabi Muhammad SAW: Sesungguhnya bagi Allah apa yang Dia ambil, bagi Allah jua apa yang Dia berikan, setiap sesuatu mempunyai ajal yang telah ditentukan. Bersabarlah dan harapkanlah pahala. Semoga Tun terus bersabar serta sentiasa mendoakan Tun Hasmah agar beroleh kebaikan berterusan, insya-Allah,” kata…

Read More

DAP sudah mohon dedahkan minit mesyuarat

KUALA LUMPUR 1 Nov. – DAP sudah memohon kepada Anwar Ibrahim, supaya minit mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung keputusan pengurangan hukuman keatas Najib Razak, dinyahklasifikasikan untuk pengetahuan umum. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata langkah mendedahkan dokumen berkenaan adalah pendirian parti itu, namun tetap tertakluk kepada pertimbangan serta prosedur undang-undang di bawah Peguam Negara. Justeru  katanya, sama ada bila didedahkan dan sebagainya, itu terpulang kepada pihak Peguam Negara tetapi pendirian DAP adalah minit diumumkan. “Kita harap keputusan atau minit itu dapat diumumkan, tetapi ia tertakluk kepada pendirian Peguam Negara,” katanya pada…

Read More

Amanah sasar tanding 32 kerusi Parlimen

IPOH 1 Nov. – Parti Amanah Negara (Amanah) menyasarkan untuk bertanding di 32 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16, dengan 18 daripadanya menjadi kawasan tumpuan, kata Pengarah Strategi Nasional Amanah, Ahmad Sabki Yusof. Beliau berkata ketetapan itu diputuskan melalui sesi pemukiman pilihan raya parti itu pada September lalu dan bagi memastikan setiap kerusi dimenangi, gerak kerja jentera pilihan raya mesti bermula sekarang. “Kita memutuskan semua kerusi yang Amanah sasarkan, kita senaraikan dan tetapkan kerusi-kerusi fokus kita,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Amanah Negeri Perak 2026 di sini, hari…

Read More