Video lama sudah dipadam tahun lalu

ALOR SETAR 6 Mei – Video tular membabitkan seorang ulama menunaikan solat bersama bunian sudah dipadam sejak Oktober lalu selepas perjumpaan bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) pada 13 Oktober 2024.

Pendakwah terkenal, Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli yang tampil memberi penjelasan menjelaskan rakaman video berdurasi 3.36 minit yang ditularkan itu adalah video lama yang telah dipadamkan daripada rekod simpanan medianya.

“Sejak perjumpaan itu, tidak ada sebarang video kontroversi baharu dimuat naik ke mana-mana saluran media sosial kami. Video yang sedang diviralkan pada masa ini adalah rakaman lama yang direkodkan sebelum sesi perjumpaan dengan JHEAIK.

Saya menarik balik semua video terdahulu dan ingin menegaskan tiada lagi kandungan bersifat kontroversi akan dimuat naik ke platform media sosial kami,” katanya dalam rakaman video yang dimuat naik ke media sosial miliknya semalam.

Beliau berkata, pada masa sama semua pihak dinasihat tidak terus menyebarkan atau menularkan video lama itu kerana ia tidak mencerminkan pendirian dan tindakan semasanya.

Syeikh Muhd Zainul Asri berkata, beliau amat menghargai teguran itu JHEAIK dan

bersikap terbuka dengan sebarang tindakan yang akan diambil susulan kontroversi terbaru itu kelak.

“Saya menghargai teguran dan berterima kasih khususnya kepada Timbalan Pengarah (Operasi) JHEAIK, Datuk Syeikh Ismi Anuar Abdul Halim atas bimbingan nasihat membina dan berharga.

“Semua pihak perlu memberi kerjasama kepada JHEAIK dalam isu yang timbul dan dibangkitkan serta memahami semua video lama dianggap tidak sesuai dan semua sudah dipadam atas nasihat JHEAIK,” katanya.

Nnn

Related posts

Leave a Comment