Caj kesesakan kurangkan kesesakan

KUALA LUMPUR 27 Feb. – Dewan Rakyat hari ini diberitahu, pelaksanaan caj kesesakan di Kuala Lumpur dijangka dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas terutama di daerah pusat perniagaan (CBD) sehingga 20 peratus.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata jangkaan itu berdasarkan pelaksanaan caj kesesakan di bandar antarabangsa seperti London dan Stockholm.

“Selari dengan hasil kajian antarabangsa, jika caj kesesakan dilaksanakan di Kuala Lumpur, ia dijangka dapat mengurangkan kesesakan sekitar 20 peratus,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Azman Nasrudin (PN-Padang Serai) yang ingin tahu perincian mekanisme caj kesesakan dalam mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di ibu negara.

Zaliha berkata perkara lain yang turut menjadi pertimbangan kerajaan adalah kadar caj kesesakan yang wajar untuk dikenakan.

Bagi memastikan caj kesesakan ini berjaya, kadar caj kesesakan tidak boleh terlalu rendah dan hendaklah ditetapkan kepada suatu nilai yang akan menyurutkan atau ‘discouraged’ pengguna daripada melalui jalan terbabit.

“Tetapi kerajaan juga tidak mahu caj terbabit menambah beban penggun jika diletakkan terlampau tinggi,” katanya.

Berkongsi situasi kesesakan di Kuala Lumpur, Zaliha berkata purata kenderaan keluar masuk adalah sebanyak 1.5 juta sehari dan purata 24 jam dalam satu masa, terdapat 6 juta kenderaan di dalam ibu kota.

Dalam masa sama,katanya, jumlah pengguna pengangkutan awam di Kuala Lumpur hanya 25 peratus.

“Pengguna jalan raya lebih memilih untuk membawa kenderaan sendiri berbanding menaiki pengangkutan awam disebabkan kelemahan dalam ‘first mile – last mile’.

“Dalam hal ini, saya senada dengan Menteri Pengangkutan (Anthony Loke) bahawa penguatkuasaan caj kesesakan tidak sesuai dilakukan sebelum sesebuah bandar raya mempunyai integrasi sistem pengangkutan awam yang lengkap.

“Sehubungan itu, Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) akan memastikan usaha memantapkan jaringan pengangkutan awam di Kuala Lumpur berjalan serentak dengan kajian caj kesesakan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) serta Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC),” katanya.

Zaliha turut memaklumkan, hasil kajian dilakukan kerajaan mendapati selain Kuala Lumpur, dua lagi bandar raya di Malaysia yang berpotensi untuk pelaksanaan caj kesesakan adalah Georgetown dan Johor Bahru.

Sementara itu, beliau mengakui sekiranya caj itu diperkenalkan ia akan memberi impak kepada sektor ekonomi dalam masa dua hingga tahun.tetapi tidak akan memberi kesan bagi jangka m panjang.

Kajian antarabangsa yang dibuat menunjukkan pengurangan kesesakan beri manfaat jangka panjang dapat tingkatkan kebolehcapaian kawasan perniagaan, selain galak aktiviti berjalan kaki juga (galakkan) pengguna pengangkutan awam untuk berkunjung ke kawasan komersial,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) yang ingin tahu apakah impak ekonomi khususnya kepada peniaga kecil sekiranya caj kesesakan dilaksanakan.

“Kajian antarabangsa yang dibuat menunjukkan pengurangan kesesakan beri manfaat jangka panjang dapat tingkatkan kebolehcapaian kawasan perniagaan, selain galak aktiviti berjalan kaki juga (galakkan) pengguna pengangkutan awam untuk berkunjung ke kawasan komersial,” katanya.

Nnn

Related posts

Leave a Comment