1,709 kes baharu, dua kematian

PUTRAJAYA 12 Jun – Jangkitan baharu Covid-19 turun berbanding semalam dengan merekodkan 1,709 kes berbanding 2,166 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,524,727.

Laman sesawang COVIDNOW juga melaporkan, dua kematian direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 35,711 orang.

Setakat ini 22,712 kes masih aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 dan daripada jumlah itu, 24 kes dirawat di ICU dan 14 memerlukan bantuan alat pernafasan manakala 1,746 kes sembuh menjadikan 4,466,304 pulih.

Sementara itu Selangor terus merekodkan kes baharu paling tinggi dengan 660 kes berbanding 918 kes kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu sebanyak 1,374,078.

Ini diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 411 berbanding 487 dan Pulau Pinang 131 berbanding 152 kelmarin.

Perak merekodkan 122 berbanding 113 kelmarin, Negeri Sembilan 89 (88), Wilayah Persekutuan Putrajaya 52 (60), Melaka 48 (54), Johor 43 (57), Sabah 38 (87), Sarawak 35 (47), Kedah 30 (51), Pahang 27 (28),

Kelantan mencatatkan 10 kes berbanding 15 kelmarin manakala Perlis 7 (2), Terengganu 6 (6) dan Wilayah Persekutuan Labuan 0 (1).

Related posts

Leave a Comment