60 tahanan Palestin bebas

RAMALLAH – Sebanyak 60 tahanan Palestin yang dibebaskan oleh Israel sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata, kini berada di Mesir dan akan dihantar ke Türkiye, Qatar, Malaysia, dan Pakistan.

Ketua Kelab Tahanan Palestin, Abdullah Zaghari, berkata setiap negara akan menerima 15 tahanan Palestin.

Terdapat 70 tahanan Palestin yang kini ditempatkan di sebuah hotel di ibu kota pentadbiran baharu Mesir sementara menunggu proses penghantaran ke negara yang berkenaan.

Zaghari turut menyatakan bahawa perbincangan sedang berlangsung dengan negara lain bagi mencari penempatan bagi baki tahanan, dan rundingan juga dijalankan dengan Kaherah untuk menampung sebahagian daripada mereka yang mungkin dibebaskan dalam kumpulan seterusnya.

Sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada 19 Januari lalu, Hamas membebaskan 18 tebusan sebagai pertukaran dengan pembebasan ratusan rakyat Palestin dari penjara Israel.

Menurut laporan terkini ‘Times of Israel’, Israel menetapkan syarat bahawa rakyat Palestin yang disabitkan kesalahan paling berat tidak dibebaskan ke Semenanjung Gaza atau Tebing Barat.

Nnn

Related posts

Leave a Comment