BN sasar tanding 5 kerusi WP

KUALA LUMPUR 24 Nov. – Barisan Nasional (BN) menyasarkan untuk bertanding lima kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan (WP) pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) bagi mewakili Kerajaan Perpaduan, kata Pengerusinya Dr Ahmad Zahid Hamidi

Beliau berkata, pihaknya akan membincangkan perkara itu dengan rakan parti dalam kerajaan bagi mendapatkan lima kerusi itu.

“Apa yang penting kini, Wilayah Persekutuan mesti diputihkan dan saya mengharapkan bukan sekadar tiga kerusi di wilayah termasuk kawasan Datuk Jo ( Johari Abdul Ghani, Parlimen Titiwangsa), tetapi juga kita putihkan Putrajaya dan Labuan.

“Insyaallah kita berunding baik-baik. Kita akan dapat lima kerusi. Kita buktikan dengan cara baik sebagaimana Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri dan Mahkota,” katanya ketika merasmikan Konvensyen BN WP di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, di sini, petang ini.

Hadir sama Johari yang juga Naib Presiden UMNO dan Pengerusi BN WP serta Ketua Wanita UMNO dan BN, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Ahmad Zahid juga mengumpamakan BN sekarang berada di ladum jam, mana- mana jam yang masih hidup, ladumnya akan ke bawah dan ke atas.

“Begitu jugalah, ibaratnya semangat yang ada pada BN. Siapa yang akan naikkan ladum ini ke atas, tidak ada orang lain kecuali UMNO, MCA, MIC, PBRS, Friends Of BN serta dengan kerjasama rakan-rakan lain dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Ketika ini Wilayah Persekutuan mempunyai 13 kerusi Parlimen di mana pada  pilihan raya umum lalu, Pakatan Harapan (PH) menang 10 manakala dua lagi Perikatan Nasional (PN) dan BN (satu).

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO juga mahu supaya BN kembali dominan dalam arena politik pada PRU akan datang serta berhenti berhenti bertelagah sesama sendiri.

“Cukuplah untuk timbulkan masalah dalaman. Kita harus bersatu. Budaya kita ini bukan budaya pembangkang, bukan budaya melukut di tepi gantang, kita kena kembali dominan dan wajib menang banyak kerusi.

“Kita perlu lupakan masalah titik bengik. Kalau UMNO ada masalah, kita selesaikan secara dalaman. Begitu juga dengan MCA dan MIC. Ada masalah selesaikan secara dalaman, jangan bergaduh sampai depan halaman rumah,” katanya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment