Gangguan landasan 80 minggu

BERLIN – Mulai awal November, pengguna kereta api dari barat Jerman ke Belanda akan berdepan gangguan berpanjangan selama 80 minggu berikutan pembinaan sebuah koridor pengangkutan kargo utama EU yang baharu.

Menurut pengendali kereta api Jerman, Deutsche Bahn, laluan dari Oberhausen di Wilayah Ruhr melalui Emmerich ke Belanda, akan hanya boleh dilalui secara terhad

di mana pembinaan dijangka berlanjutan hingga 17 Mei 2026.

Bahagian sepanjang kira-kira 73 kilometer itu adalah sebahagian koridor kargo Eropah yang menghubungkan pelabuhan Laut Utara di Rotterdam ke Genoa di Mediterranean, sebuah projek utama untuk dasar pengangkutan EU.

Sepanjang tempoh 80 minggu akan datang, laluan itu akan menjadi trek tunggal untuk dua pertiga masa, yang masih akan menyebabkan perkhidmatan dihadkan.

Bahagian itu akan ditutup sepenuhnya dari Jumaat hingga 24 November dan laluan kereta api jarak jauh antara Cologne dan Belanda akan dialihkan dan oleh itu, mengambil masa yang lebih lama.

Nnn

Related posts

Leave a Comment