PETALING JAYA 28 Okt. – Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin dipilih Ketua Srikandi Bersatu bagi menggantikan bekas Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Rina Mohd Harun yang menarik diri dari bertanding kali ini. Turut menang tanpa bertanding pada pemilihan Sabtu lalu adalah Nolee Ashilin Mohammed Radzi sebagai Naib Ketua Srikandi Bersatu. Keputusan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Bersatu, Abdul Azim Mohd Zabidi pada sidang media di ibu pejabat Bersatu di sini hari ini. Sementara itu, bagi pemilihan peringkat Srikandi Muda Bersatu , Nurul Ezzati Azmi dipilih ketua…
Read MoreDay: October 28, 2024
“Saya ancaman kepada Parlimen?“
KUALA LUMPUR 28 Okt. – “Apakah saya ancaman kepada Parlimen?” Itu persoalan yang ditimbulkan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal apabila Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul mengekalkan keputusan melarang Ahli Parlimen Machang itu berada di dalam Dewan Rakyat. Bercakap pada sidang akhbar di bangunan Parlimen, hari ini, Wan Ahmad Fayhsal juga bertanya sama ada “muka dan keberadaannya memberi tekanan dan terlalu bahaya untuk berada di Parlimen walaupun tidak dapat cakap satu perkataan pun”. “Saya tidak tahu peraturan mana (yang dirujuk) dilarang masuk ke tempat pemerhati, Galeri Awam dan tempat petugas.…
Read MoreJenayah tetap jenayah – Anthony Loke
SEPANG 28 Okt. – Permohonan maaf terbuka Najib Razak berhubung salah laku dalam syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak membawa apa-apa makna, kata Setiausaha Agung DAP Anthony Loke. Katanya, mahkamah sebelum ini telah membuktikan dan menjatuhkan hukuman bersalah ke atas bekas Perdana Menteri itu. “Ini bukan soal terima permohonan maaf. Dengan permohonan maaf atau tidak, jenayah tetap jenayah. Dia (Najib) telah pun disabitkan, dan telah dibuktikan oleh mahkamah. Dia didapati bersalah dan ia kekal fakta,” katanya. Loke yang juga Menteri Pengangkutan berkata demikian selepas majlis perasmian DHL Express Kuala Lumpur…
Read MoreArahan tidak boleh berada dalam dewan kekal
KUALA LUMPUR 28 Okt. – “Sementara saya menjadi Yang Dipertua hari ini, mulai 15 Oktober 2024, mana-mana ahli yang diarah keluar atau diperintahkan mengikut Peraturan Mesyuarat, maksud keluar adalah dari Chamber (Dewan) ini,” Itu pendirian Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul berhubung keputusannya tidak membenarkan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN Machang) yang digantung enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat Julai lalu, untuk berada di dalam dewan ketika persidangan berlangsung. Johari memutuskan perkara itu selepas Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan membangkitkan Peraturan Mesyuarat 44 (5)…
Read MoreTiada pengeluaran Akaun Persaraan
KUALA LUMPUR 28 Okt. – Dewan Rakyat hari ini diberitahu, kerajaan tidak membenarkan sebarang pengeluaran daripada Akaun Persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), termasuk bagi tujuan mengerjakan ibadah haji. Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying, berkata langkah itu bagi memastikan ahli mempunyai sekurang-kurangnya Simpanan Asas sebanyak RM240,000 bagi kelangsungan hidup ketika persaraan. “KWSP adalah sebuah institusi keselamatan sosial yang diberi mandat oleh kerajaan untuk membantu ahli menyediakan simpanan persaraan demi keperluan dan kesejahteraan hidup pada hari tua. “Pengeluaran haji bagaimanapun boleh dilakukan melalui Akaun Sejahtera yang mula diperkenalkan sejak 2013…
Read More2.62 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya
PUTRAJAYA 28 Okt. – Sebanyak 2.62 juta kenderaan sehari dijangka menggunakan lebuh raya utama pada hari puncak sempena Deepavali, kata Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya (LLM), Datuk Sazali Harun. Daripada jumlah ini, sebanyak 2.13 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya di bawah Kumpulan PLUS. Selain itu Lebuhraya KL–Karak dijangka menerima 198,000 kenderaan, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1, (78,220), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (59,220) dan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) sebanyak 153,700. Bagi mendepani peningkatan trafik, Sazali berkata, semua syarikat konsesi lebuh raya diarah melakukan persediaan rapi supaya perjalanan pengguna lebuh…
Read MoreTol percuma 2 hari sempena Deepavali
KUALA LUMPUR 28 Okt. – Sempena sambutan Deepavali, semua pengguna lebuh raya dikecualikan pembayaran tol selama dua hari bermula pada pukul 12.01 tengah malam 29 Oktober dan berakhir pada pukul 11.59 malam, 30 Oktober atau Rabu ini. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata tol percuma hanya diberi kepada kenderaan Kelas 1 (kenderaan persendirian) di semua plaza tol. Bagaimanapun pengecualian itu tidak melibatkan plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Tol Tanjung Kupang, Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA) Johor.…
Read MoreDr M menulis ….𝗦𝗟𝗔𝗨𝗚𝗛𝗧𝗘𝗥 𝗛𝗢𝗨𝗦𝗘
𝗦𝗟𝗔𝗨𝗚𝗛𝗧𝗘𝗥 𝗛𝗢𝗨𝗦𝗘 1. Israel has invaded Lebanon. After Lebanon what? 2. Hamas and Hezbollah still exist. 3. They may move somewhere. 4. To exterminate these two Palestinian groups Israel will have to follow them. 5. Could it be that Israel’s next invasion would be the country that harbours the Palestinians. 6. Armed and funded by the US and the Europeans, Israel will continue its genocide. 7. The world can do nothing. The world is afraid of the US and the Europeans. Act against US cronies and the Third World War…
Read MoreBerita pilihan…
LDP hilang majoriti perintah Jepun
TOKYO – Parti gabungan pemerintah Jepun yang diterajui Parti Demokratik Liberal (LDP) kehilangan majoriti di Dewan Perwakilan dalam pilihan raya pada Ahad, memberi tekanan kepada Perdana Menteri Shigeru Ishiba membentuk kerajaan. Dalam masa sama, parti pembangkang memperoleh lebih separuh kerusi dalam Dewan Rakyat dalam keputusan pilihan raya mengejut itu. Dengan baki 22 kerusi untuk diisytiharkan, LDP dan rakan gabungannya, Komeito yang lebih kecil, memperoleh 208 kerusi berbanding 235 kerusi pembangkang. Sesebuah parti memerlukan majoriti 233 kerusi, untuk mentadbir secara bersendirian atau tanpa gabuangan. Ishiba yang menyifatkan keputusan tersebut sebagai sukar…
Read More