SEPANG 16 Okt. – Sayap UMNO iaitu Pemuda dan Puteri tampil mempersoalkan kenyataan Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mendakwa, beliau diarah untuk tidak mencabar kiraan semula undi kawasan Parlimen Bagan Datuk pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.
Ketua Pemuda UMNO Dr Akmal Salleh berkata, Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri itu tidak perlu membuat spekulasi murahan seperti itu seolah-olah memberikan kemenangan kepada Ahmad Zahid Hamidi.
Katanya, proses pilihan raya ada undang-undang yang memberi ruang kepada calon membuat bantahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jika tidak berpuas hati pada masa yang ditetapkan.
“Menang tetap menang dan kalah tetap kalah mengikut undang-undang, tak perlu acah-acah jadi hero,” katanya menerusi Facebook sambil menyarankan Shamsul Iskandar bertanding lagi pada PRU akan datang.
ADUN Merlimau, Melaka itu turut menyoal apakah ketika Shamsul Iskandar kalah bertanding di DUN Paya Rumput pada pilihan raya negeri Melaka 2021, dia dipaksa untuk tidak membuat bantahan kepada SPR.
Nurul pula berkata tiada “isu membunuh” demokrasi, sebaliknya menjelaskan, pengiraan semula hanya dilakukan di peringkat saluran, iaitu di tempat pengundian
dengan syarat perbezaan undi adalah kurang dari 4 peratus.
“Jika tiada kira semula di saluran mengundi maka Ketua Tempat Mengundi akan mengeluarkan keputusan dalam Borang 14 selepas pengiraan selesai dan semua kertas undi dimasukkan dalam peti undi,” katanya.
Kesemua peti undi dan Borang 14 akan dibawa ke Pusat Penjumlahan Undi dan semua keputusan dari Borang 14 akan dijumlahkan untuk keputusan penuh.
“Pemenang akan diumumkan selepas menerima Borang 14 daripada semua saluran. Seandainya ada pertikai atau protes, calon perlulah buat petisyen,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Kata pemimpin Puteri UMNO itu, dalam kes di Parlimen Bagan Datuk, kemenangan Presiden UMNO adalah dengan sebanyak 348 undi.
“Calon kalah tiada kuasa mohon kira semula di pusat penjumlahan undi. Sekadar mereka cerita menyedapkan keadaan. Maka istilah membunuh demokrasi juga tidak berlaku kerana jika ada kerjasama pintu belakang tidak perlu President UMNO korbankan kerusi sendiri dengan kemenangan paling tipis,” katanya.
Nurul meminta semua pihak tidak perlu berpolitik dengan berbicara isu berkenaan kerana ia tidak menambah duit poket rakyat atau menambah peluang pekerjaan.
Nnn
