SEPANG 8 Julai – Projek Pembangunan Tapak Perkuburan Islam Wilayah Persekutuan di Hulu Semenyih, Selangor telah dirancang sejak 2005 bagi menangani kekurangan tapak perkuburan Islam di Kuala Lumpur selain mengurangkan kesesakan lalu lintas di Semenyih. Selain memenuhi keperluan warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), projek itu turut memberi manfaat kepada komuniti setempat apabila 10 peratus daripada kapasiti tapak perkuburan diperuntukkan bagi tujuan pengebumian penduduk sekitar di Selangor. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh menerusi hantaran di Facebooknya menjelaskan demikian susulan kekeliruan yang tular di media sosial berhubung…
Read MoreDay: July 8, 2026
Tidak perkenan solat Jumaat di pusat beli belah
SHAH ALAM 8 Julai – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, tidak memperkenankan mana-mana surau atau musolla di pusat beli-belah di negeri ini diberikan kebenaran untuk mendirikan solat Jumaat. Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Salehuddin Saidin, berkata ketetapan itu dibuat selaras kuasa prerogatif baginda sebagai Ketua Agama Islam Selangor dalam menentukan hal ehwal pentadbiran agama Islam termasuk kebenaran mendirikan solat Jumaat di surau atau musolla. Beliau berkata, walaupun MAIS menyambut baik cadangan Kerajaan Persekutuan untuk mewujudkan surau solat Jumaat di pusat beli-belah di seluruh negara, pelaksanaannya di Selangor tertakluk…
Read MoreBerita pilihan…
Peraturan baharu hak penumpang udara
BRUSSELS – Parlimen Eropah meluluskan peraturan baharu mengenai hak penumpang udara yang memperkenalkan tempahan tempat duduk keluarga secara percuma dan ketelusan harga tiket yang lebih tinggi. Majoriti besar seramai 646 ahli Parlimen Eropah mengundi menyokong pembaharuan itu yang turut mengekalkan hak pampasan sedia ada bagi penerbangan yang terlewat. Ibu bapa kini boleh menempah tempat duduk di sebelah anak-anak mereka secara percuma, selain harga tiket mesti dipaparkan dengan jelas. Negara anggota Kesatuan Eropah (EU) pada asalnya mahu pampasan diberikan kepada penumpang hanya untuk kes kelewatan besar pada masa hadapan, selain menerima…
Read More50 juta euro akan dipulangkan kepada Syria
DAMSYIK – Perancis akan memulangkan lebih 50 juta euro yang didakwa diseleweng keluarga bekas pemimpin Syria, Bashar al-Assad, kepada negara itu, kata Presiden Emmanuel Macron. Beliau berkata wang berkenaan akan disalurkan semula kepada rakyat Syria bagi membiayai projek pembangunan negara itu. Wang berkenaan dirampas pihak berkuasa Perancis daripada Rifaat al-Assad, iaitu bapa saudara Bashar. Macron membuat pengumuman itu ketika mengadakan lawatan rasmi ke Damsyik, iaitu lawatan pertama pemimpin negara Kesatuan Eropah (EU) ke Syria sejak Bashar digulingkan pada akhir 2024. Dalam lawatan itu, Perancis dan Syria menandatangani beberapa perjanjian berkaitan…
Read More