Elak ungkit keaiban selepas perpisahan

SEPANG 7 Okt. – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal ehwal agama), Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menasihatkan pasangan suami isteri mengelak daripada mengungkit keaiban atau kekurangan masing-masing terutama selepas perpisahan.

Katanya, Islam mengajar umatnya untuk melihat kebaikan dan mengingati jasa pasangan sepanjang perkahwinan.

โ€œIni kerana ketika cinta masih ada, segala kekurangan tidak dihiraukan, namun ketika perasaan berubah, kekurangan yang kecil sekali pun menjadi hal yang diangkat-angkat.

Justeru, setelah berpisah, berilah ruang untuk masing-masing memulakan kehidupan baru dengan cara yang lebih baik, tanpa menyimpan dendam,โ€ katanya dalam entri di media sosialnya.

Tulisan bertajuk ๐ƒ๐ข๐ฅ๐ž๐ฆ๐š rumah tangga : ๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค mereka ๐ฒ๐š๐ง๐  berbahagia, bertahan, sedang berjuang dan sedang terluka.

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu berkata, Islam mengajar umatnya untuk melihat kebaikan dan mengingati jasa pasangan sepanjang perkahwinan selain sangat penting untuk sentiasa menjaga hati anak-anak yang mungkin menjadi mangsa dalam perpisahan ibu bapa.

Tanpa merujuk kepada mana-mana individu, beliau menasihatkan jangan sekali-kali mencederakan emosi anak-anak kerana mereka juga mempunyai hak untuk merasai kasih sayang kedua-dua ibu bapa,

Zulkifli berkata, dalam perjalanan perkahwinan, tidak dinafikan wujud badai dan ombak yang kadangkala menguji kekuatan sesebuah hubungan dan setiap pasangan pasti pernah melalui cabaran itu.

Jelas beliau, walaupun Islam mengingatkan bahawa perceraian itu dibenarkan, tetapi ia adalah perkara yang paling dibenci oleh Allah SWT dalam kalangan yang halal.

“Oleh itu, ia sewajarnya menjadi pilihan terakhir setelah segala usaha untuk memperbaiki keadaan telah dilakukan,” ujarnya lagi.

Dalam masa sama, Zulkifli mengingatkan semua pihak yang berdepan konflik untuk sentiasa menjadi individu yang mendamaikan dan menasihati dengan kebaikan, bukan sekadar menjaga kesolehan diri sendiri.

Katanya, perkahwinan adalah satu institusi yang amat berharga dan ia memerlukan pengorbanan, keikhlasan, serta kesabaran daripada kedua-dua belah pihak.

“Namun, jika perceraian adalah jalan yang terbaik, lakukanlah dengan cara yang paling baik, menjaga maruah dan harga diri masing-masing,” katanya.

Beliau turut mengingatkan dalam menghadapi perpisahan, doa dan munajat kepada Allah SWT adalah sandaran utama.

โ€œBerdoalah agar kita diberikan kekuatan, kesabaran, serta petunjuk dalam melalui ujian ini. Doa juga menjadi penghubung rohani antara kita dan Tuhan, menjadikan kita insan yang lebih kuat dalam menghadapi apa jua cabaran hidup,โ€ katanya.

Terdahulu industri hiburan tanah air menjadi tumpuan selepas pelakon terkenal tanah air, Fattah Amin dan Fazura sah bercerai talak satu.

Lebih mengejutkan apabila Fazura atau nama penuhnya, Nur Fazura Sharifuddin, 41, antaranya mendakwa punca perceraian dia dan bekas suaminya adalah kerana Fattah berlaku curang.

Nnn

Related posts

Leave a Comment