Wanita GRS serah nama calon PRN

KOTA KINABALU 5 Okt . – Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sudah menyerahkan senarai calon mereka untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) kepada pengerusinya, Hajiji Noor.

Ketua Wanita GRS, Azizah Mohd Dun yang mengesahkan perkara itu berkata walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) belum di bubarkan, pihaknya mengambil pendekatan memberikan senarai calon untuk pertimbangan awal.

“Kami sudah mengemukakan nama-nama calon wanita GRS kepada pengerusi gabungan ini. Walaupun belum bubar tetapi kita kemukakan awal sahaja kepada beliau.

“Bagaimanapun, perkara paling penting adalah semua calon yang kita pilih mempunyai kelayakan. Mereka berkebolehan selain mampu menjadi suara wanita untuk kawasan masing-masing,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Wanita Komponen GRS, dekat sini, hari ini.

Azizah berkata setakat ini pihaknya mempunyai hampir 18,000 jentera wanita di semua 73 DUN dan sudah bersiap sedia membantu calon-calon GRS pada PRN-17.

Beliau juga mengesahkan senarai nama calon wanita berkenaan tidak membabitkan namanya.

“Secara peribadi sudah pencen dari bidang ini. Saya tidak lagi menjadi calon dan lebih selesa bersama wanita GRS berkongsi pengalaman serta bekerja bersama untuk menjayakan misi parti,” katanya.

Related posts

Leave a Comment