KOTA KINABALU 5 Okt . – Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sudah menyerahkan senarai calon mereka untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) kepada pengerusinya, Hajiji Noor. Ketua Wanita GRS, Azizah Mohd Dun yang mengesahkan perkara itu berkata walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) belum di bubarkan, pihaknya mengambil pendekatan memberikan senarai calon untuk pertimbangan awal. “Kami sudah mengemukakan nama-nama calon wanita GRS kepada pengerusi gabungan ini. Walaupun belum bubar tetapi kita kemukakan awal sahaja kepada beliau. “Bagaimanapun, perkara paling penting adalah semua calon yang kita pilih mempunyai kelayakan. Mereka…
Read MoreDay: October 5, 2024
GISB: Jumlah tangkapan dijangka meningkat
BANDAR BAHARU 5 Okt. – Setakat beberapa hari lalu jumlah tangkapan siasatan kes membabitkan GISB Holdings (GISBH) adalah 625 orang dan dijangka berubah berikutan siasatan berterusan masih dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata penahahan baharu boleh dilakukan sekiranya pihak berkuasa mendapati ia perlu bagi melengkapkan siasatan. Beliau juga memaklumkan, pada peringkat awal siasatan kes berkenaan hanya empat peruntukan undang-undang digunakan yang membabitkan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum ia bertambah kepada 10 sehingga kini. Saifuddin Nasution berkata demikian selepas Program Sua Mesra…
Read More5 daerah berdepan air pasang besar
LANGKAWI 5 Okt. – Lima daerah di negeri ini – Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan dan Kuala Muda dijangka bakal berdepan fenomena air pasang besar selama tiga hari bermula 18 oktober ini. Menerusi perkongsian di Facebook, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kedah memaklumkan banjir berpotensi berlaku sekiranya terdapat pertembungan air pasang, angin kencang dan hujan lebat pada satu masa. “Di Langkawi membabitkan Kampung Bakau Kelibang, selain itu Kampung Kuala Kerpan, Kuala Jerlun dan Kuala Sanglang (Kubang Pasu), Jeti Kuala Kedah, Jeti Nelayan Seberang Kota, Taman Sri Putra dan Sri…
Read MorePahang putuskan GISBH sesat, menyeleweng
SEPANG 5 Okt. – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, memperkenankan fatwa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Perundingan Syarak negeri itu bahawa pengikut GISB Holdings (GISBH) sama ada pekerja atau mana-mana orang Islam adalah menyeleweng dan sesat. Mufti Pahang, Dr Asmadi Mohamed Naim, berkata, sistem ekonomi yang dibangunkan oleh pengikut GISBH juga tidak diiktiraf sebagai ekonomi Islam dan tidak menepati syarak. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa mengadakan mesyuarat khas pada Rabu, 2 Oktober lalu. Beliau menjelaskan, golongan yang disebut sebagai…
Read MoreBerita pilihan…
Dulu lari Lubnan kini kembali ke Syria
GENEVA – Jika suatu masa dulu, mereka lari meninggalkan Syria akibat perang saudara, kini mereka kembali semula ke negara asal selepas Israel menyerang Lubnan sejak beberapa hari lalu. Ini termasuk seorang wanita yang tiba di sempadan bersama mayat dua anaknya yang ingin dikebumikan di tanah air mereka di Syria selepas kedua-duanya terbunuh dalam serangan udara Israel di Lubnan. Kisah menyayat hati itu dikongsikan oleh wakil Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Syria Gonzalo Vargas Llosa pada satu sidang media. Katanya, disebabkan takut ditangkap dan dikenakan kerahan tenaga,…
Read MoreTiga hospital di Lubnan henti operasi
BEIRUT – Pengeboman berterusan oleh Israel menyebabkan tiga buah hospital di Lubnan, termasuk satu di pinggir kawasan selatan Beirut mengumumkan pemberhentian operasi semalam , Jumaat. Hospital Sainte Therese (STMC) di pinggir kawasan selatan Beirut melaporkan terdapat kerosakan besar pada bangunan hospital akibat pengeboman oleh Israel di kawasan berhampiran sekaligus mengakibatkan khidmatnya terpaksa dihentikan. Selain itu, dua hospital di selatan negara itu turut melaporkan bahawa perkhidmatan mereka terpaksa dihentikan. Sejak permulaan perang di Gaza, Hezbollah dan Israel saling berbalas serangan susulan serangan kumpulan Hamas pada 7 Oktober tahun lalu. Kumpulan Houthi…
Read More