TANJONG 3 Okt. – Feri ikonik Pulau Pinang kini berada di Terminal Persiaran Jeti Swettenham (SPCT) selepas berjaya ditarik melepasi jambatan kereta api KTMB di Bagan Dalam Slipway.
Feri itu dibawa keluar sekitar pukul 1.22 tengah hari dan ditempatkan sementara di SPCT sebelum pemindahan terakhirnya ke Marina Tanjung City untuk dijadikan muzium terapung pertama di Asia.
Sebelum ini Feri Pukau Pinang yang pada asalnya separa tenggelam di Bagan Dalam pada 2021 dibaik pulih untuk dijadikan muzium manakala yang lain ada yang sudah tenggelam dan ada juga di pangkalan.
Perkhidmatan feri yang sebelum ini menjadi nadi pengangkutan utama yang menghubungkan tanah besar di Seberang Perai dengan bahagian pulau negeri ini sejak 126 tahun lalu, diganti bot penumpang laju bermula 1 Januari 2021.
Pada 7 Ogos 2023, empat feri baharu iaitu Teluk Bahang, Teluk Kampi, Teluk Duyung dan Teluk Kumbar memulakan perkhidmatan ulang-alik dari Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH), Butterworth dan Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU) di sini.
Nnn
