Rakyat Malaysia rugi AS$12.8 bilion setahun

KUALA LUMPUR 3 Okt. – Rakyat Malaysia rugi AS$12.8 bilion setahun akibat penipuan iaitu bersamaan dengan tiga peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, demikian menurut penyedia perkhidmatan TrustTech iaitu Gogolook. Gogolook yang membangunkan aplikasi antipenipuan digital memaklumkan Laporan State of Scam 2024 mendedahkan 70 peratus mangsa penipuan tidak melaporkan kes mereka kepada pihak berkuasa, mewakili penurunan sebanyak lima peratus berbanding tahun sebelumnya. “Ini menunjukkan peningkatan keraguan mengenai keberkesanan proses pelaporan. Daripada mereka yang disoal selidik, 32 peratus responden pernah kehilangan wang akibat penipuan,” menurut kenyataan itu. Laporan yang…

Read More

Lantikan politik dalam GLC berterusan

KUALA LUMPUR – Pelantikan politik dalam badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) masih menjadi kebiasaan di bawah kepemimpinan Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri  Anwar Ibrahim. Bagaimanapun analisis Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) mendapati, di bawah pentadbiran Anwar yang memasuki tempoh 22 bulan menunjukkan angka lantikan itu lebih kecil berbanding pentadbiran terdahulu. Setakat ini terdapat 95 pelantikan politik dibuat di bawah kepemimpinan Anwar berbanding 273 pelantikan pada era Ismail Sabri Yaakob dan Muhyiddin Yasin (186), yang masing-masing mentadbir selama 17 dan 15 bulan. Dapatan analisis ke atas…

Read More

Pelayaran terakhir Feri Pulau Pinang

TANJONG 3 Okt. – Feri ikonik Pulau Pinang kini berada di Terminal Persiaran Jeti Swettenham (SPCT) selepas berjaya ditarik melepasi jambatan kereta api KTMB di Bagan Dalam Slipway. Feri itu dibawa keluar sekitar pukul 1.22 tengah hari dan ditempatkan sementara di  SPCT sebelum pemindahan terakhirnya ke Marina Tanjung City untuk dijadikan muzium terapung pertama di Asia. Sebelum ini Feri Pukau Pinang yang pada asalnya separa tenggelam di Bagan Dalam pada 2021  dibaik pulih untuk dijadikan muzium manakala yang lain ada yang sudah tenggelam dan ada juga di pangkalan. Perkhidmatan feri…

Read More

Syed Saddiq mohon maaf

KUALA LUMPUR 3 Okt. – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, hari ini membuat permohonan maaf secara terbuka kepada bekas penasihat Najib Razak, Habibul Rahman Kadir Shah di Mahkamah Sesyen di sini. Syed Saddiq, 31, dengan ikhlas memohon maaf secara terbuka dan tanpa syarat kepada Habibul Rahman, 68, selaku plaintif kerana membuat kenyataan fitnah dalam sidang media di Hotel Seri Pacific pada 2 Oktober 2017. “Dalam sidang media itu, saya merujuk kepada ancaman yang dibuat terhadap diri saya dan keluarga menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 dan menegaskan ancaman…

Read More

Syed Hussien angkat sumpah ADUN

JOHOR BAHRU 3 Okt. –  Syed Hussien Syed Abdullah, 40 mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini hari ini. Ketika mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Johor  Dr Mohd Puad Zarkashi,  beliau bersumpah akan menyempurnakan kewajipan sebagai ADUN dengan tulus dan ikhlas. “Saya juga bersumpah akan memelihara dan mempertahankan undang-undang tubuh kerajaan negeri Johor,” kata Syed Hussien yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang. Pada Pilihan Raya Kecil…

Read More

Israel paksa Iran bertindak balas

DOHA – Presiden Iran, Massoud Pezeshkian memberi amaran tidak akan sama sekali berdiam diri sekiranya Israel bertindak balas terhadap serangan peluru berpandu balistik yang dilancarkan Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) semalam . Pada sidang media di sini, Massoud menegaskan, Iran “tidak mencari perang” tetapi Israel memaksa mereka untuk bertindak balas. Beliau berkata, objektif Israel adalah untuk meluaskan keganasan di rantau itu dan menyalahkan rejim Zionis kerana enggan menerima keamanan. Sehubungan itu, Massoud menegaskan, iran mahu mencegah dan menghentikan keganasan. Presiden Massoud kini berada di Doha dalam rangka lawatan kerja…

Read More

Israel mampu serang mana-mana titik Asia Barat

TEL AVIV – Angkatan Pertahanan Israel (IDF) mempunyai “keupayaan untuk mencapai dan menyerang di mana-mana titik di Asia Barat.”, kata Ketua tentera Israel, Leftenan Jeneral Herzi Halevi. Beliau semasa lawatannya ke pangkalan udara Tel Nof berhampiran Tel Aviv sebelum ini berkata, musuh-musuh yang tidak memahami perkara ini sehingga kini, akan memahaminya tidak lama lagi. “Kami akan bertindak balas, kami tahu bagaimana untuk mengenal pasti sasaran penting, kami tahu bagaimana untuk menyerang dengan tepat dan dengan kekuatan,” katanya merujuk pada serangan Iran ke atas Israel pada Selasa lalu. Selepas menyatakan Iran…

Read More

Cegah konflik lebih luas di Asia Barat

GENEVA – Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia, Volker Turk, menggesa semua negara mengamalkan kekangan bagi mengelakkan “konflik yang lebih luas di Asia Barat yang berpotensi memusnahkan orang awam.” Dalam satu kenyataan, Turk merayu semua negara, termasuk Ahli Majlis Keselamatan, untuk bertindak tegas mencegah konflik yang lebih luas di Asia Barat dengan akibat yang berpotensi memusnahkan orang awam. “Adalah penting untuk mereka menggunakan suara dan pengaruh membawa pihak yang bertelagah ke meja rundingan untuk menamatkan perkara ini. Kami merayu kepada kewarasan. Keamanan mesti diutamakan,” katanya. Terdahulu, Setiausaha Agung Pertubuhan…

Read More