Pemimpin Hamas terbunuh di Lubnan

BEIRUT – Kumpulan Hamas hari ini berkata, seorang pemimpinnya di Lubnan Fatah Sharif Abu al-Amine terbunuh dalam serangan Israel di selatan negara itu.

Ahli kepimpinan pergerakan Hamas di luar negara” itu terbunuh dalam serangan udara di “rumahnya di kem Al-Bass di selatan Lubnan,.

Fatah dibunuh bersama isteri, anak lelaki dan anak perempuannya, dalam “pembunuhan pengganas dan jenayah.”

Agensi Berita Nasional rasmi melaporkan serangan udara ke atas Al-Bass berhampiran bandar Tyre, mengatakan ia adalah “kali pertama” kem itu menjadi sasaran.

Kenyataan itu dikeluarkan beberapa jam selepas Barisan Popular untuk Pembebasan Palestin (PFLP), sebuah kumpulan berhaluan kiri sekular berkata, tiga anggotanya terbunuh dalam serangan di daerah Kola di Beirut, hari ini.

Israel berulang kali menyasarkan pegawai Hamas di Lubnan sejak perang di Gaza, meletus hampir setahun lalu.

Serangan pada Januari lalu, yang menurut pegawai pertahanan AS dilakukan oleh Israel, membunuh timbalan pemimpin Hamas, Saleh al-Aruri dan enam pejuang lain di kubu kuat Hizbullah di selatan Beirut.

Pada Ogos, serangan Israel ke atas kenderaan di bandar Sidon di selatan Lubnan membunuh komander Hamas, Samer al-Hajj.

Kem pelarian Palestin di Lubnan menempatkan rakyat Palestin yang dihalau keluar atau melarikan diri semasa perang 1948 semasa penciptaan negara Israel.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment