Tiada isu PAU tidak jemput parti kerajaan

PUTRAJAYA 15 Ogos – Tiada isu berbangkit apabila parti komponen Kerajaan Perpaduan tidak dijemput untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 yang akan bermula minggu depan.

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil, berkata pihaknya menghormati keputusan dibuat UMNO berkaitan perkara berkenaan.

“Tiada masalah sebab kita (parti komponen Kerajaan Perpaduan) bertemu setiap hari.

“Jadi tiada sebarang isu dan kita hormat sebarang keputusan yang dibuat (UMNO),” katanya selepas menghadiri Majlis Sumbangan Penajaan Oleh Rakan Strategik Hari Kebangsaan Hari Malaysia (HKHM) 2024.

Semalam, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, memaklumkan  PAU 2024 yang bermula minggu depan, tidak akan membabitkan kehadiran pemimpin utama Kerajaan Perpaduan kecuali komponen BN.

Katanya, UMNO mengambil pendekatan berbeza berbanding pada perhimpunan tahun lalu, dengan mengutamakan keluarga besar UMNO.

Menurut Dr Asyraf, keputusan tidak menjemput pimpinan parti politik khususnya Pakatan Harapan (PH) serta Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sudah dipersetujui di peringkat Majlis Pimpinan Kerajaan Perpaduan.

“Dalam hal (PAU kali) ini kita mahu memberikan ruang seluasnya kepada keluarga besar UMNO untuk berbincang secara kekeluargaan, tidak ada pemimpin utama parti yang akan datang kali ini,” katanya.

Nnn

Related posts

Leave a Comment