DHAKA: Presiden Bangladesh, Mohammed Shahabuddin mengarahkan pembebasan bekas perdana menteri dan ketua pembangkang, Khaleda Zia yang dipenjarakan, beberapa jam selepas musuh ketatnya Sheikh Hasina meletak jawatan.
Dalam satu kenyataan, pasukan media presiden berkata mesyuarat diketuai Shahabuddin memutuskan sebulat suara untuk membebaskan Pengerusi Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) Begum Khaleda Zia serta-merta.
Mesyuarat itu turut dihadiri ketua tentera, Jeneral Waker-Uz-Zaman, bersama ketua tentera laut dan tentera udara serta pemimpin tertinggi beberapa parti pembangkang termasuk BNP dan parti Jamaat-e-Islami.
Kenyataan itu juga memutuskan untuk membebaskan semua yang ditahan ketika protes pelajar.
Semalam, Waker dalam ucapan yang disiarkan di televisyen negara berkata Hasina meletak jawatan dan tentera akan membentuk kerajaan sementara.
“Mesyuarat memutuskan untuk membentuk kerajaan sementara dengan segera”, katanya.
Zia, 78, berada dalam keadaan teruk dan terkurung di hospital selepas dijatuhi hukuman penjara 17 tahun kerana rasuah pada 2018.
