WASHINGTON: Calon presiden dari parti Demokrat, Kamala Harris, 59 memilih Gabenor Minnesota, Tim Walz sebagai gandingannya, pada pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) pada 5 November depan. Walz, seorang veteran Pengawal Kebangsaan Tentera Darat AS dan bekas guru berusia 60 tahun, dipilih kei Dewan Perwakilan AS pada 2006 dan berkhidmat selama 12 tahun, sebelum dipilih sebagai gabenor Minnesota pada 2018. Sebagai gabenor, Walz mendorong agenda progresif yang merangkumi makanan sekolah percuma, matlamat untuk menangani perubahan iklim, pemotongan cukai untuk kelas pertengahan dan memperluas cuti bergaji untuk pekerja Minnesota. Kehadiran Walz…
Read MoreDay: August 6, 2024
Air: Tiga empangan cecah paras bahaya
SEPANG 6 Ogos – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan tiga empangan di Kedah, Perak dan Pulau Pinang mencatat penyusutan baki stok simpanan semasa air mentah sehingga mencecah paras bahaya kini. Dalam satu kenyataan, setakat semalam, Empangan Muda di Kedah, Empangan Bukit Merah di Perak dan Empangan Teluk Bahang di Pulau Pinang masing-masing merekodkan paras 7.44 peratus, 16.43 peratus serta 28.20 peratus. Menurut NADMA, lima lagi empangan menunjukkan baki stok simpanan air mentah semasa berada pada paras amaran, iaitu kurang daripada 59.99 peratus. Memetik Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), agensi…
Read MoreMiki…Bapa
Majlis Ulama UMNO petik hadis jelaskan isu tersasul
KUALA LUMPUR 6 Ogos – Susulan isu tersasul oleh Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika berpidato, Majlis Ulama UMNO Malaysia (MUUM) tampil menjelaskan bahawa tersasul ketika bicara dimaafkan Allah SWT. Turut sama memberi penjelasan adalah Penasihat Agama Timbalan Perdana Menteri 1 Dr Mohd Khairuddin At-Takiri. Melalui hantaran di Facebook UMNO online, MUUM menarik perhatian mengenai hadis Nabi SAW yang menjelaskan tentang seorang hamba yang terlalu dan teramat gembira menemui kembali untanya yang hilang. Setelah puas berusaha dan mencari, akhirnya unta itu ditemukan semula sehingga hamba itu tersasul ketika bersyukur kepada Allah.…
Read MorePenuntut cadang Yunus ketuai Bangladesh
DHAKA: Pemenang Hadiah Nobel, Muhammad Yunus dicadangkan mengetuai kerajaan sementara, sehari selepas Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina digulingkan dan tentera mengambil alih kuasa. Cadangan itu dikemukakan oleh penunjuk perasaan terdiri daripada pelajar Bangladesh yang diketuai pemimpin utama Mahasiswa Menentang Diskriminasi (SAD), Nahid Islam. “Kami memutuskan kerajaan sementara akan dibentuk di mana pemenang Hadiah Nobel terkenal di peringkat antarabangsa Dr Mohammad Yunus, yang diterima secara meluas, akan menjadi ketua penasihat,” kata Nahid dalam satu mesej video. Semalam, ketua tentera Bangladesh, Jeneral Waker-Uz-Zaman menerusi siaran di televisyen negara berkata Sheikh Hasina meletak…
Read MoreBerita pilihan…
Presiden Bangladesh arah Khaleda Zia dibebas
DHAKA: Presiden Bangladesh, Mohammed Shahabuddin mengarahkan pembebasan bekas perdana menteri dan ketua pembangkang, Khaleda Zia yang dipenjarakan, beberapa jam selepas musuh ketatnya Sheikh Hasina meletak jawatan. Dalam satu kenyataan, pasukan media presiden berkata mesyuarat diketuai Shahabuddin memutuskan sebulat suara untuk membebaskan Pengerusi Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) Begum Khaleda Zia serta-merta. Mesyuarat itu turut dihadiri ketua tentera, Jeneral Waker-Uz-Zaman, bersama ketua tentera laut dan tentera udara serta pemimpin tertinggi beberapa parti pembangkang termasuk BNP dan parti Jamaat-e-Islami. Kenyataan itu juga memutuskan untuk membebaskan semua yang ditahan ketika protes pelajar. Semalam, Waker…
Read MoreHaniyeh: Iran ada hak bertindak balas
TEHRAN: Iran menegaskan negara itu mempunyai ‘hak undang-undang’ untuk bertindak balas terhadap pembunuhan ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh di Tehran minggu lalu “Tiada sesiapa yang berhak meragui hak undang-undang Iran untuk menghukum rejim Zionis,” kata jurucakap Kementerian Luar Iran, Nasser Kanani pada sidang media biasa yang merujuk tindak balas itu ke atas Israel. Iran turut menyalahkan Israel atas serangan yang berlaku di tengah-tengah perang Gaza. Beliau menegaskan, Iran tidak bermaksud memburukkan lagi ketegangan di rantau itu, yang semakin meningkat sejak perang Israel-Hamas meletus pada awal Oktober dan semakin meningkat…
Read More