AMK patut tanya MB, bukan babitkan MCA

SEPANG 24 April  – “Aiykkk?? Baru bangun tidur ker, Dik?”, itu reaksi Pemuda MCA ketika mengulas kenyataan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor yang cuba mengheret parti itu dalam kemelut kenyataan membabitkan isu ternakan babi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki. Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong berkata, AMK Selangor sepatutnya bertanyakan Menteri Besar (MB) Selangor yang juga Naib Presiden PKR. “Kalau kamu nak mempertahankan DAP dalam isu babi sekali pun, tak perlulah membabitkan MCA! MB Negeri Selangor kan dari parti kamu sendiri! Tanyalah pemimpin…

Read More

Kumpulan pertama jemaah tiba di Makkah

MAKKAH – Kumpulan pertama 260 jemaah haji Malaysia (kumpulan KT01) tiba di Makkah pukul 4.30 petang Khamis waktu tempatan selepas menempuh perjalanan selama lapan jam dari Madinah. Ketibaan mereka di Hotel Abraj Al Tayseer yang turut menjadi ibu pejabat operasi Lembaga Tabung Haji (TH) di Makkah disambut Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir,  Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Hisham Harun serta petugas TH. Mereka sebelum ini berada di Madinah selama enam hari. Bermula pukul 9 malam Khamis, jemaah dijadualkan menunaikan umrah wajib secara berperingkat di…

Read More

SPRM tunggu maklumat transaksi kewangan

NILAI 24 April – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjangkakan akan memperoleh maklumat institusi perbankan dalam tempoh seminggu berhubung siasatan penyelewengan dana mencecah RM230 juta membabitkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata pihaknya sedang mengenal pasti transaksi kewangan daripada pihak bank bagi membantu agensi penguatkuasaan berkenaan dalam melengkapkan siasatan penyelewengan dana itu. Beliau menjelaskan, kes berkenaan bukan setakat 2025 atau 2026 sahaja, tetapi juga sebelum dari itu iaitu 2024 dan ke bawah. “Sehingga semalam, kami hendakkan laporan (penyata bank) 2018. Jadi, saya jangka ambil masa sedikit…

Read More

Gencatan senjata Lubnan-Israel disambung?

WASHINGTON – Presiden Donald Trump mendakwa Lubnan sudah bersetuju untuk melanjutkan tempoh gencatan senjata selama tiga minggu lagi sebelum berakhir pada Ahad ini. Presiden AS itu berharap satu pertemuan tiga hala dapat diadakan dalam masa terdekat, sekali gus membuka jalan kepada potensi perjanjian damai. Trump tetap optimis mengenai prospek keamanan di Lubnan dan berpendapat ada peluang yang sangat baik untuk mencapai keamanan biarpun kumpulan Hizbullah dilaporkan melancarkan serangan baharu susulan serangan maut oleh Israel. Beliau juga menjangkakan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Presiden Lubnan, Joseph Aoun, akan mengadakan pertemuan…

Read More

27 wartawan terbunuh sejak 2 Mac

ISTANBUL – Lebanese Press Syndicate Editors dalam satu kenyataan melaporkan sekurang-kurangnya 27 wartawan terbunuh manakala ramai lagi cedera, dalam serangan Israel di Lubnan sejak 2 Mac lalu. Kesatuan berkenaan mengecam tindakan Israel yang menyasarkan sekumpulan wartawan di bandar selatan Tayri, yang mengorbankan wartawan Amal Khalil dan mencederakan rakan sekerjanya Zeinab Faraj. Menurut kesatuan itu, Khalil sebelum ini pernah menerima ugutan bunuh daripada tentera Israel. “Dengan kematiannya, jumlah wartawan dan petugas media yang terbunuh meningkat kepada 27 orang, selain sejumlah besar yang cedera,” menurut kenyataan itu. Kesatuan itu turut menggesa Persekutuan…

Read More