58 penumpang SQ321 masih dirawat

BANGKOK: Seramai 58 penumpang pesawat SQ321 Singapore Airlines (SIA) masih menerima rawatan di tiga hospital di Bangkok.

Menurut kenyataan Hospital Samitivej Srinakarin, daripada jumlah itu, seramai 20 penumpang, termasuk tiga rakyat Malaysia sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di dua hospital, manakala 38 lagi menerima rawatan pesakit luar..

Enam lagi rakyat Malaysia yang dimasukkan ke wad kerana pening dan kecederaan ringan berada dalam keadaan stabil sambil dipantau doktor.

Di Hospital Samitivej Srinakarin, sembilan pesakit berjaya menjalani pembedahan pada Selasa, manakala lima lagi menjalani pembedahan pada Rabu.

Hospital Samitivej Srinakarin terletak kira-kira 20 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Suvarnabhumi dan pesakit boleh dipindahkan dari hospital ke lapangan terbang dalam masa yang singkat.

Samitivej ialah pusat penjagaan kesihatan swasta dengan tujuh hospital di Thailand. Hospital pertama diasaskan pada tahun 1979.

Pesawat SIA penerbangan SQ321 membawa 211 penumpang dan 18 kru itu sedang dalam penerbangan dari London ke Singapura apabila ia mengalami gelora udara yang ekstrem di atas Lembangan Irrawaddy pada ketinggian 11,277.6 meter, kira-kira 10 jam selepas berlepas.

Juruterbang mengisytiharkan kecemasan perubatan dan melencongkan pesawat Boeing 777-300ER ke Bangkok dan mendarat pada jam 3.45 petang waktu tempatan semalam, di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi .

Seorang penumpang lelaki warga British berusia 73 tahun maut.

Nnn

Related posts

Leave a Comment