Petisyen pecat PM Thailand

BANGKOK: Mahkamah Perlembagaan Thailand bersetuju mempertimbangkan kes yang bertujuan menyingkirkan Perdana Menteri, Srettha Thavisin, susulan tindakan beliau melantik seorang Menteri yang dilaporkan mempunyai rekod sabitan jenayah. Bagaimanapun mahkamah menolak permohonan untuk menggantung tugas Srettha sebagai Perdana Menteri sementara ia mempertimbangkan kes terbabit. Mahkamah menerima petisyen yang dikemukakan oleh 40 Senator mengikut peraturan etika, untuk memecat Srettha daripada jawatannya selepas enam hakim mengundi menyokong dan tiga lagi menentang. Susulan itu, Perdana Menteri diberi tempoh 15 hari untuk respons kepada kes itu. Kes itu berkait pelantikan Pichit Chuenban – yang pernah menjalani…

Read More

20 Naib Canselor, Rektor sokong UiTM

SHAH ALAM 23 Mei –  Jawatankuasa Naib Canselor dan Rektor Universiti Awam (JKNCR UA) menyokong pendirian Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk kekal berpegang kepada Akta UiTM 1976 (Akta 173) dan Perkara153 Perlembagaan Persekutuan. JKNCR UA yang terdiri daripada 20 Naib Canselor dan Rektor menyelar tindakan pihak yang sengaja membangkitkan isu kemasukan pelajar bukan Bumiputera ke UiTM dengan melabel institusi pengajian tinggi (IPT) itu sebagai ‘akademi aparteid’. Pengerusinya, Profesor Datuk Dr Ekhwan Toriman berkata, kenyataan tersebut jelas menunjukkan kejahilan pihak berkenaan terhadap Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang menggariskan tentang kedudukan serta…

Read More

Pesta hiburan dalam tren di luar pengetahuan

KUALA LUMPUR 23 Mei – Pesta hiburan di dalam sebuah tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) baru-baru ini adalah di luar pengetahuan Kementerian Pengangkutan.. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook bagaimanapun menegaskan KTMB telah memberikan penjelasan dan menyatakan akan lebih tegas dalam garis panduan dan acara yang akan diadakan di tren miliknya pada masa hadapan. “KTMB dah menyatakan sejak 2021, tren itu disewa khas untuk aktiviti korporat dan sebagainya. Aktiviti tersebut mungkin tidak dinyatakan dengan jelas kepada KTMB. Tetapi ada garis panduan ditetapkan termasuklah tiada minuman alkohol dan sebagainya…itu ditetapkan sebagai…

Read More

MPI terima 488 penyertaan HKM 2023

PETALING JAYA 23 Mei – Malaysian Press Institute (MPI) menerima 488 penyertaan bagi anugerah Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) 2023 sempena Malam Kewartawanan Malaysia 2024 yang akan berlangsung 7 Jun ini. Presiden MPI, Yong Soo Heong, berkata bilangan penyertaan untuk 2023 meningkat 21 peratus berbanding 386 pada tahun sebelumnya mahakala jumlah penyertaan itu adalah tertinggi sejak diperkenalkan pada 1980. “Penyertaan tertinggi diterima daripada kategori Berita Video Terbaik dengan 65 penyertaan, diikuti Kewartawanan Foto Terbaik (44 penyertaan) dan Laporan Berita Terbaik (37 penyertaan). Senarai nama pemenang akan diumumkan pada 7 Jun nanti pada…

Read More

Pemuda lapor polis isu Akademi Apartheid

SEPANG 23 Mei –  Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak kolumnis, Andrew Sia, memohon maaf secara terbuka berhubung penulisannya yang mendakwa Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai ‘Akademi Apartheid’. Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh juga mendesak Malaysiakini untuk menurunkan artikel itu yang jelas mengguris hati orang Melayu, khususnya mereka yang pernah menuntut ilmu di institusi pendidikan berkenaan. Berikutan tulisan yang disifatkan keceluparan yang wajib diajar, Pemuda UMNO seluruh negara akan digerakkan untuk membuat laporan polis, hari ini, berhubung penulisan yang dianggap dangkal dan bersifat perkauman itu. “Saya jelik dengan pemikiran yang kononnya…

Read More

Buru suspek pecah rumah pemain Selangor FC

SHAH ALAM 23 Mei –  Polis sedang memburu suspek yang disyaki memecah masuk rumah pemain pertahanan Selangor FC Ahmad Khuzaimi Piee dan melarikan sebuah motosikal dan empat beg pelbagai jenama milik mangsa malam tadi. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian dari pemain berusia 31 tahun itu pada pukul 11.30 malam sebelum menggerakkan anggota ke lokasi kejadian. Siasatan awal mendapati suspek yang dipercayai menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna putih itu melarikan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15R milik mangsa. Kejadian tidak…

Read More

Pilihan raya Britain 4 Julai

LONDON: Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menamatkan pelbagai spekulasi apabila mengumumkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya setelah pembubaran Parlimen diperkenankan oleh Raja Charles. Beliau membuat pengumuman itu di hadapan pejabat rasminya di 10th Downing Street, dalam keadaan hujan sambil menyorot betapa pentingnya rakyat Britain membuat pilihan terbaik demi masa depan generasi akan datang. Katanya, pilihan raya ini berlangsung di saat dunia menyaksikan kekejaman dan konflik ekonomi yang dilihatnya sebagai memecah belahkan masyarakat. “Pilihan raya ini diadakan dalam tempoh yang mana dunia dalam keadaan lebih bahaya berbanding perang…

Read More

58 penumpang SQ321 masih dirawat

BANGKOK: Seramai 58 penumpang pesawat SQ321 Singapore Airlines (SIA) masih menerima rawatan di tiga hospital di Bangkok. Menurut kenyataan Hospital Samitivej Srinakarin, daripada jumlah itu, seramai 20 penumpang, termasuk tiga rakyat Malaysia sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di dua hospital, manakala 38 lagi menerima rawatan pesakit luar.. Enam lagi rakyat Malaysia yang dimasukkan ke wad kerana pening dan kecederaan ringan berada dalam keadaan stabil sambil dipantau doktor. Di Hospital Samitivej Srinakarin, sembilan pesakit berjaya menjalani pembedahan pada Selasa, manakala lima lagi menjalani pembedahan pada Rabu. Hospital Samitivej Srinakarin…

Read More