Penyokong ganja bantah cadangan PM

BANGKOK: Selepas Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin, menyarankan agar ganja dibenarkan untuk penggunaan perubatan saja, terdapat pihak yang mahu kerajaan memansuhkan rancangan pengharaman penggunaan bahan itu.

Sekumpulan penyokong ganja bertemu dengan menteri kesihatan semalam dan menggesanya untuk mempertimbang larangan bahan itu.

Setiausaha Agung Rangkaian Masa Depan Ganja Thailand, Prasitchai Nunual,  yang tidak bersetuju dengan tindakan daripada kerajaan negara itu antara lain menyifatkan bahan itu menjadi resipi mereka selama beratus-ratus tahun.

Walaupun sebagai penggunaan untuk perubatan, jangan bawa tumbuhan rakyat itu ke dalam sistem. Ia telah menjadi resipi kami selama beratus-ratus tahun.

“Walaupun sebagai penggunaan untuk perubatan, jangan bawa tumbuhan rakyat itu ke dalam sistem. Ia telah menjadi resipi kami selama beratus-ratus tahun. Apabila anda memerlukan lesen, terdapat rasuah,” dakwanya.

Thailand buat pertama kali menghalal ganja untuk penyelidikan dan kegunaan perubatan pada 2018.

Dua tahun lalu, negara berkenaan mengeluarkan tumbuhan itu daripada senarai narkotik kebangsaan, membolehkan orang ramai menanam, menjual dan menggunakan ganja.

Kebenaran itu membawa kepada ledakan penggunaan secara rekreasi, dengan ribuan kafe dan dispensari ganja muncul di seluruh negara itu, terutama di kawasan tumpuan pelancong.

Ia turut menjana industri yang dijangka bernilai sehingga AS$1.2 bilion (RM5.61 bilion) menjelang 2025.

Pengkritik pula mendakwa liberalisasi yang dilakukan dengan segera oleh pentadbiran kerajaan terdahulu tanpa penggubalan rang undang-undang (RUU) berkait ganja atau peraturan jelas dilaksanakan di Thailand.

Situasi itu sekali gus didakwa menyebabkan kekeliruan dan penyalahgunaan awam yang meluas.

Terdapat tradisi lama di Thailand yang didakwa menggunakan ganja untuk tujuan merawat kesakitan dan keletihan termasuk digunakan dalam perubatan tradisional serta dijadikan bahan dalam resipi.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Awam, Somsak Thapsutin, memberitahu kumpulan proganja itu supaya menggunakan ganja hanya untuk tujuan perubatan.

Nnn

Related posts

Leave a Comment