RAFAH: Bayi perempuan yang dilahirkan dari rahim ibunya yang hampir mati di hospital Gaza susulan serangan udara Israel, meninggal dunia pada Khamis selepas hanya beberapa hari hidup.
Ibunya, Sabreen Al-Sakani, cedera parah apabila serangan Israel mengenai kediaman keluarganya di Rafah, bandar paling selatan di Semenanjung Gaza yang dikepung, pada malam Sabtu.
Suaminya, Shukri dan anak perempuan mereka, Malak yang berusia tiga tahun turut terbunuh.
Sabreen, yang hamil 30 minggu, dikejarkan ke Hospital Emirati di Rafah dan meninggal dunia akibat lukanya, tetapi doktor sempat menyelamatkan bayi itu, melahirkannya menerusi pembedahan.
Bagaimanapun, menurut doktor, bayi itu mengalami masalah pernafasan dan sistem imun lemah.
Bayi itu yang diberi nama Rouh, yang bermaksud jiwa dilahirkan semasa sistem pernafasannya belum matang dan sistem imunnya sangat lemah.
Lebih 34,000 rakyat Palestin terbunuh dalam perang enam bulan di Gaza antara Israel dan Hamas, kebanyakannya adalah wanita dan kanak-kanak.
Sebahagian besar Gaza musnah akibat pengeboman berterusan Israel dan kebanyakan hospital di kawasan itu rosak teruk, sementara yang masih beroperasi pula kekurangan bekalan elektrik, peralatan perubatan dan sebgainya.
Nnn
