Menyamar pilot Singapore Airlines

SINGAPURA: Seorang lelaki ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa New Delhi kerana menyamar sebagai juruterbang Singapore Airlines, selepas dia ditemui berjalan di sekitar lapangan terbang dengan berpakaian lengkap juruterbang.

Menurut laporan The Straits Times, Sangeet Singh, 24, dikesan memakai seragam juruterbang tentera laut dan mempunyai kad pengenalan (ID) Singapore Airlines palsu di lehernya yang memberinya akses kepada operasi dalam penerbangan.

Selepas disoal siasat dan diperiksa oleh pegawai dari Pasukan Keselamatan Perindustrian Pusat, ID Singh didapati palsu.

Dia dikatakan membuat ID palsu menerusi aplikasi dalam talian, Business Card Maker dan membeli pakaian seragam itu daripada Pilot 18, sebuah kedai aksesori penerbangan di Delhi.

Lelaki itu yang berasal dari wilayah utara, Uttar Pradesh, menipu keluarganya dengan mengatakan dia bekerja di Singapore Airlines sebagai juruterbang.

Siasatan mendedahkan Singh menamatkan kursus hospitaliti penerbangan selama setahun pada 2020 di sebuah institusi di Mumbai.

Nnn

Related posts

Leave a Comment