Tun M masih terima rawatan di IJN

KUALA LUMPUR 12 Mac – Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamed masih menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) akibat jangkitan yang dialami sejak Januari lalu.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata kesihatan dirinya semakin pulih berkat doa yang diberikan serta usaha gigih doktor, jururawat dan kakitangan IJN.

“Saya harap dalam masa terdekat dapatlah saya pulih semula seperti biasa dan dibenar pulang ke rumah. Setakat ini adakala saya dibenarkan pulang sekejap atau ‘home leave’ oleh pakar di sini, tapi tetap perlu bermalam di IJN.

Saya ingin ambil peluang ini untuk ucap terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan saya serta Hasmah (Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali) dan kesejahteraan kami berdua,” katanya dalam hantaran melalui Facebook

Dr Mahathir dan isteri turut mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam di negara ini.

“Alhamdulillah dapat kita bertemu dan diberi peluang melakukan ibadah dan amalan sempena bulan yang amat istimewa bagi umat Islam. Selamat berpuasa. Saya berdoa semoga amal ibadat dan usaha kita di bulan yang istimewa ini akan dirahmati dan diberkati Allah SWT insya’Allah,” katanya.

Related posts

Leave a Comment