KUALA LUMPUR 3 Mac – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan, dividen sebanyak 5.5 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 5.4 peratus untuk Simpanan Syariah bagi tahun 2023.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baru dilantik, Ahmad Zulqarnain Onn pada taklimat prestasi kewangan KWSP sini, hari ini.
Ia lebih tinggi berbanding 2022, yang mana dividen bagi Simpanan Konvensional sebanyak 5.35 peratus dan 4.75 peratus bagi Simpanan Syariah.
Dengan kadar dividen 5.50 peratus untuk Simpanan Konvensional , jumlah agihan RM50.33 bilion manakala 5.40 peratus untuk Simpanan Syariah dengan jumlah agihan RM7.48 billion, menjadikan keseluruhan jumlah agihan pendapatan untuk tahun 2023 sebanyak RM57.81 bilion.
Dividen tertinggi yang pernah dibayar oleh KWSP ialah 8.5 peratus pada 1986, manakala dividen terendahnya ialah 5.2 peratus, dibayar pada 2020.
