Jurang dividen syariah, konvensional berkurangan

TAPAH 3 Mac – Jurang kadar dividen antara simpanan konvensional dan simpanan syariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tahun 2023 telah berkurang berbanding sebelumnya, kata Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan. Beliau berkata sebelum ini perbezaan kadar dividen simpanan konvensional dan simpanan syariah adalah lebih kurang perpuluhan enam (0.6) peratus tetapi tahun ini hanyalah perpuluhan satu (0.1) peratus. “Kalau tengok dari segi pulangan 5.5 peratus untuk skim konvensional, ia masih antara tertinggi (dividen) di Malaysia pada masa sekarang dan syariah pun 5.4 peratus. Satu pulangan yang amat baik sekali,”…

Read More

KSM kini dikenali KESUMA

PUTRAJAYA 3 Mac – Kementerian Sumber Manusia (KSM) dijenamakan semula dan akan menggunakan akronim ‘KESUMA’ bagi sebarang urusan rasmi berkaitan kementerian itu, bermula esok. Kementerian itu dalam satu kenyataan, memaklumkan bahawa mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat lalu mengambil maklum serta mempersetujui penjenamaan semula KSM dengan singkatan KESUMA. Dalam tempoh dua bulan ini, selaras misi strategik 3K, KESUMA telah memperkukuhkan kerjasama dengan kesatuan sekerja, melaksanakan pembaharuan ke atas institusi Mahkamah Perusahaan Malaysia, tegas memberi penekanan terhadap hak gaji pekerja, dan meluaskan liputan skim keselamatan sosial. “Ia termasuk meningkatkan kualiti latihan kemahiran…

Read More

Dividen KWSP 5.4 dan 5.5 peratus

KUALA LUMPUR 3 Mac – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan, dividen sebanyak 5.5 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 5.4 peratus untuk Simpanan Syariah bagi tahun 2023. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baru dilantik, Ahmad Zulqarnain Onn pada taklimat prestasi kewangan KWSP sini, hari ini. Ia lebih tinggi berbanding 2022, yang mana dividen bagi Simpanan Konvensional sebanyak 5.35 peratus dan 4.75 peratus bagi Simpanan Syariah. Dengan kadar dividen 5.50 peratus untuk Simpanan Konvensional , jumlah agihan RM50.33 bilion manakala  5.40 peratus  untuk Simpanan Syariah dengan jumlah agihan RM7.48 billion, menjadikan…

Read More

Serangan ketika bantuan tidak wajar

LONDON: Kesatuan Eropah (EU) mengutuk sekatan dikenakan Israel terhadap kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza dan menyifatkan serangan Israel ke atas orang awam di wilayah terkepung itu baru-baru ini sebagai tidak wajar. Dalam satu kenyataan, ketua dasar luar blok itu Josep Borrell, meminta siasatan antarabangsa yang saksama mengenai peristiwa tragis ini, membolehkan gambaran jelas mengenai peristiwa dan tanggungjawab itu. Beliau turut menggesa Israel mematuhi peraturan undang-undang antarabangsa dan melindungi pengagihan bantuan kemanusiaan kepada penduduk awam. Katanya, peperangan berterusan dan pengabaian undang-undang kemanusiaan antarabangsa akan membawa kepada kekacauan sepenuhnya menjadikan pengagihan bantuan…

Read More

PA harap gencatan menjelang Ramadhan

ANKARA: Pihak Berkuasa Palestin (PA) berharap gencatan senjata dapat dicapai menjelang Ramadan tidak lama lagi, kata Menteri Luar Palestin Riyad al-Maliki. Beliau berkata, PA akan menjadi satu-satunya pihak berkuasa yang sah untuk mentadbir Gaza selepas perang. “PA akan menjalankan pemerintahan sendiri di bahagian Tebing Barat yang diduduki Israel, selepas kehilangan kawalan ke atas Gaza kepada kumpulan pejuang Hamas pada 2007,” katanya pada sidang media di forum diplomatik di Antalya, Turkiye Israel dan Hamas telah berunding melalui pengantara mengenai kemungkinan gencatan senjata di Gaza dengan tujuan untuk menghentikan peperangan pada bulan…

Read More