Lima unit rumah tingkat 17 terbakar

KUALA LUMPUR 11 Feb. – Lima unit rumah di Blok 70, Flat Sri Sabah, Cheras di sini, terbakar, tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.19 malam dan menghantar jentera  bagi memadam api di tingkat 17 iaitu tingkat paling atas.

Pasukan operasi terdiri daripada BBP Pudu bersama jentera bantuan daripada BBP Bandar Tun Razak, BBP Jalan Hang Tuah, BBP Jalan Tun Razak, BBP Sri Hartamas serta dibantu oleh PBS Bukit Bintang, PBS Desa Petaling dan PBS Gombak.

Jentera  yang terlibat adalah FRT-3, LFRT-1, EMRS-2, Water Tanker-1, Unit RIM-3, ALP-2, dengan kekuatan 47 orang anggota lain-lain pangkat.

Terdapat seorang mangsa wanita berumur 62 tahun mengalami sesak nafas, tetapi dalam keadaan stabil.

Tindakan operasi melalui laluan tangga menggunakan teknik relay pumping selain pasukan pemadam manggunakan teknik offensive dan defensive untuk mengawal kebakaran daripada merebak.

Kebakaran dapat dikawal kira-kira pukul 11 malam dan punca kebakaran masih disiasat.

Related posts

Leave a Comment