KUALA LUMPUR 11 Feb. – Lima unit rumah di Blok 70, Flat Sri Sabah, Cheras di sini, terbakar, tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.19 malam dan menghantar jentera bagi memadam api di tingkat 17 iaitu tingkat paling atas. Pasukan operasi terdiri daripada BBP Pudu bersama jentera bantuan daripada BBP Bandar Tun Razak, BBP Jalan Hang Tuah, BBP Jalan Tun Razak, BBP Sri Hartamas serta dibantu oleh PBS Bukit Bintang, PBS Desa Petaling dan PBS Gombak. Jentera yang terlibat adalah FRT-3, LFRT-1, EMRS-2, Water…
Read MoreDay: February 11, 2024
Zahid tidak dihubungi Kor Ming
BAGAN DATUK 11 Feb. – Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak pernah dihubungi oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming untuk berbincang mengenai isu pencalonan kampung baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan UNESCO, setakat ini. Timbalan Perdana Menteri berkata beliau juga tidak tahu menahu siapakah pemimpin UMNO yang didakwa sudah dihubungi Kor Ming berhubung perkara itu. “Beliau (Kor Ming) tidak pernah menghubungi saya, mungkin pemimpin lain saya tidak tahu,” kata Presiden UMNO itu kepada pemberita selepas mengadakan Kunjungan Kasih Sambutan Tahun Baharu Cina di Taman Desa…
Read MoreJohor rombak Exco minggu depan
JOHOR BAHRU 11 Feb. – Kerajaan Negeri akan melakukan rombakan portfolio Exco minggu depan bagi memperkasakan lagi pentadbiran Johor, kata Menteri Besar, Onn Hafiz Ghazi hari ini. Beliau memberitahu demikian selepas mempengerusikan buat pertama kali Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Johor, di sini, hari ini. Khamis lalu, dalam majlis Tahun Baharu Cina di Kediaman Rasmi Menteri Besar bersama masyarakat Tionghua Johor, Onn Hafiz dilaporkan berkata beliau akan mengambil alih portfolio pelancongan. Kenyataan itu memberi isyarat akan berlaku rombakan portfolio Exco yang sebelum ini heboh diperkatakan di negeri ini. Onn Hafiz sebelum…
Read MoreFahmi ditegur kiri kanan, kawan dan lawan
KUALA LUMPUR 11 Feb. – Selepas ditegur rakan sendiri, Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil turut mendapat teguran daripada pembangkang apabila Bersatu, menempelak Menteri Komunikasi itu yang didakwa menuduh Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin menyebarkan berita palsu. Ketua Penerangan Bersatu, Razali Idris berkata, Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri adalah figura berprinsip, dihormati, berintegriti, benar dan berani serta pernah memegang beberapa jawatan penting di negara ini. “Muhyiddin ialah bekas Perdana Menteri, mantan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar serta beberapa portfolio menteri Kabinet. Kamu siapa Fahmi? Sekadar berani atas kuasa…
Read More“Fahmi di universiti kita dah kena tangkap”
JOHOR BAHRU 11 Feb. – Jangan bersikap seperti ‘kacang lupakan kulit’ dan jangan buang tongkat apabila sudah lepas jambatan. Itu ingatan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim kepada pemimpin PKR. Ingatan itu susulan kenyataan Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil yang mengingatkan bekas Naib Presiden PKR, N Surendran yang mengumumkan keluar parti untuk mengamal disiplin dalam parti ketika menyuarakan pandangan. Surendran mengkritik sikap pemimpin PH yang berdiam diri berkaitan siasatan hasutan terhadap bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua berhubung catatan di Facebook yang mengkritik keputusan Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman penjara…
Read MoreHari Tanpa Surat Khabar 11.02.2024
SEMPENA cuti Tahun Baharu Cina, hari ini tiada penerbitan akhbar dan akan muncul semula esok kecuali Utusan Borneo yang kembali menemui pembaca pada Selasa 13 Februari 2024. Berikut surat khabar terbitan 2022
Read More