Solat Jumaat dua sesi di 27 masjid

SINGAPURA 8 Feb. – Menjelang cuti Tahun Baharu Cina, sebanyak 27 masjid di Singapura akan menganjurkan dua sesi solat Jumaat esok, 9 Februari bagi menampung lebih ramai jemaah.

Menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) sesi pertama akan diadakan pada pukul 1 tengah hari sementara sesi kedua akan bermula sama ada pada pukul 2 petang atau 2.15 petang.

MUIS yang mengeluarkan senarai masjid yang mengadakan solat dua sesi  juga menjelaskan, tiada tempahan perlu dilakukan.

Hanya sembilan masjid – semua masjid di Daerah Timur dan Masjid Ahmad di Daerah Barat – akan mengadakan sesi kedua pada pukul 2.15 petang.

Sesi kedua di masjid-masjid lain yang mengadakan dua sesi akan bermula pada pukul 2 petang.

Sementara itu, para jemaah Masjid Darul Makmur boleh ke tapak bekas Sekolah Menengah North View di Yishun Ring Road untuk menunaikan solat Jumaat.

Related posts

Leave a Comment