SEPANG 10 Jan. – Tiga kenderaan milik Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Datuk Ngeh Koo Ham di Lorong Semarak Jaya, Ayer Tawar, Manjung terbabit dalam kebakaran selepas kediamannya diserang menggunakan bahan letupan, ‘molotov cocktail’ awal pagi ini.
Koo Ham yang juga Ahli Parlimen Beruas itu. berkata, kebakaran dapat dibendung dan tiada mangsa dilaporkan cedera dan turut memaklumkan akan mengadakan sidang media di Pusat Khidmat Ayer Tawar berkenaan insiden terbabit, pukul 12.30 tengah hari ini.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Penguasa Kanan Bomba Sabarodzi Nor Ahmad, berkata pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Tawar dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 3.05 pagi.
Setibanya di lokasi kejadian, pihak bomba mendapati terdapat kebakaran membabitkan tiga kereta iaitu Mercedes E300, Honda CRV dan Toyota Hilux selain siling dan bumbung garaj meletak kereta.
“Tiada mangsa cedera dan operasi ditamatkan jam 4.44 pagi selepas kebakaran berjaya dipadamkan,” katanya hari ini.
foto fb ngeh koo ham
