Tahniah Biden – Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin melahirkan ucapan tahniah kepada Joe Biden atas pemilihannya sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baharu.

Katanya, Malaysia berharap dapat mengukuhkan lagi kerjasama dengan AS di bawah kepemimpinan Biden, ketika masyarakat antarabangsa berusaha menangani cabaran global, termasuk kesan buruk akibat pandemik Covid-19.

Menurutnya, Malaysia mengikuti rapat proses pilihan raya Amerika Syarikat.

“Perkongsian Komprehensif AS-Malaysia terus menjadi kerangka yang menyeluruh untuk lebih pro-aktif dan saling menjalin kerjasama yang baik antara kedua-dua negara.

Sebagai negara yang sedang membangun, Malaysia melihat kepentingan hubungan dengan AS,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhyiddin mengharapkan Biden mencapai kejayaan sebagai Presiden dan berharap mereka dapat mengadakan pertemuan secara peribadi satu hari nanti.

Related posts

Leave a Comment