Dos penggalak untuk golongan berisiko

KUALA LUMPUR 14 Dis. –  Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad menjelaskan dos penggalak vaksin Covid-19 disarankan bagi golongan berisiko tinggi ‘high risk’, termasuk warga emas dan golongan yang mempunyai ko-morbiditi.

“Saranan ini hanya untuk kumpulan yang saya sebutkan di atas dan bukan merangkumi masyarakat umum keseluruhannya,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Beliau mengulas laporan awal media hari ini, yang menyebut Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan arahan pelaksanaan dos penggalak ketiga vaksin Covid-19 dalam tempoh terdekat berikutan peningkatan kes baharu sejak akhir-akhir ini.

Terdapat salah tafsir yang memberi gambaran dos penggalak melibatkan masyarakat keseluruhannya.

“Merujuk kepada beberapa laporan yang disiarkan selepas sidang media sempena Perhimpunan Bulanan KKM pagi tadi, saya mendapati ada berlaku salah tafsir berhubung kenyataan saya yang keluarkan,” katanya.

Beliau juga pada masa yang sama menasihatkan orang ramai terutama yang bergejala mengamalkan pemakaian pelitup muka bagi melindungi diri sendiri dan orang lain ketika di tempat awam.

Katanya, mereka juga perlu mengelakkan kawasan 3S atau 3C iaitu kawasan yang sesak (crowded place), kawasan yang sempit (confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (close conversation).

Bagi yang positif perlu melakukan kuarantin kendiri selama lima hari.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment