10k Solidariti Palestin

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Lebih 10,000 orang menyertai Himpunan 10k Solidariti Palestin berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini tengah hari ini.
.
Himpunan anjuran Pas itu bermula kira-kira pukul 1.45 tengah hari di Jalan Binjai, Persiaran KLCC sebelum bergerak ke Jalan Tun Razak, berhampiran Kedutaan AS.

Menurut Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat yang juga Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden, himpunan itu bagi mendesak rejim zionis Israel menghentikan tindakan zalim terhadap rakyat Palestin.

Himpunan kali kedua ini dibuat setelah rejim zionis semakin ganas dengan mengebom hospital dan membunuh orang tidak bersalah… dan kita berikan mesej ini kepada mereka supaya mereka dapat fahami bahasa kita.

“Kita mahu Palestin itu dibebaskan dan diberikan hak . Israel perlu keluar dari Palestin secara terhormat, kalau tidak kita tak tahu apa akan berlaku,” katanya.

Tegas Afnan, pendirian Ahli Parlimen Pas dan Perikatan Nasional (PN) amat jelas menyokong Palestin yang berhak mendapat hak kemerdekaan negara itu.

“Kita sebut secara aman, bersuara secara aman supaya mereka (Israel) memahami bahasa kita. Kita juga perlu memahami umat Islam Palestin dan seluruh dunia mempunyai satu ikatan akidah yang akan mempertahankan Palestin pada bila-bila masa kami diperlukan,” katanya lagi.

Antara pemimpin politik yang menyertai himpunan ini adalah Presiden Pas,  Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Tuan Ibrahim Tuan Man, selain Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir dan Presiden Perkasa, Syed Hassan Syed Ali.

Related posts

Leave a Comment