Menghadap Sultan Selangor, Sultan Perak

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan berangkat menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah serta Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, di Kuala Lumpur, hari ini. Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim, baginda turut berkongi beberapa foto. Hantaran itu turut memaklumkan pertemuan bersama Sultan Sharafuddin dan Sultan Nazrin sebagai adat orang Melayu yang berkunjung hormat bagi menjunjung kasih, setelah selesai urusan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 (Khas) di Istana Negara, semalam. Hasil mesyuarat itu, Sultan Ibrahim telah dipilih sebagai Yang…

Read More

10k Solidariti Palestin

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Lebih 10,000 orang menyertai Himpunan 10k Solidariti Palestin berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini tengah hari ini. . Himpunan anjuran Pas itu bermula kira-kira pukul 1.45 tengah hari di Jalan Binjai, Persiaran KLCC sebelum bergerak ke Jalan Tun Razak, berhampiran Kedutaan AS. Menurut Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat yang juga Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden, himpunan itu bagi mendesak rejim zionis Israel menghentikan tindakan zalim terhadap rakyat Palestin. Himpunan kali kedua ini dibuat setelah rejim zionis semakin ganas dengan mengebom hospital…

Read More

Sukar sedia RM1,000 waktu kecemasan

KULAI 28 Okt. –  Hampir separuh rakyat negara ini sukar menyediakan RM1,000 bagi tujuan kecemasan manakala ramai yang terpaksa berhutang apabila memerlukan wang ketika menghadapi kecemasan. Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM),  Abdul Rasheed Ghaffour berkata rakyat Malaysia masih bersikap ‘jangka pendek’ dalam pengurusan kewangan dan kurang endah dalam menguruskan risiko kewangan masing-masing termasuk menghadapi situasi tidak dijangka. Katanya, daripada Kajiselidik Rangkuman dan Keupayaan Kewangan yang diadakan setiap tiga tahun, sejak 2015 juga mendapati satu daripada tiga rakyat negara ini tidak berminat mengambil tahu mengenai insurans dan takaful. “Alhamdulillah, kaji selidik…

Read More