SIK 12 Ogos – Bekas pemain bola sepak Kedah Muhamad Radhi Mat Din yang mewakili Perikatan Nasional (PN) berjaya mengalahkan Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu.
Berdasarkan data keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Mahfuz yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah kalah dengan majoriti 10,104 undi.
Muhamad Radhi memperoleh 18,936 undi manakala Mahfuz memperoleh 8,832 undi.
Kedua-dua mereka pernah bersaing pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018 di kerusi Parlimen Pokok Sena yang menyaksikan Mahfuz menang dengan majoriti 5,558 undi.
Bagaimanapun pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), setelah empat penggal menyandang kerusi Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar kecundang di tangan calon Perikatan Nasional (PN), Ahmad Yahaya.
Ahmad yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah itu memperoleh 52,275 undi dengan majoriti 31,751 sekali gus menewaskan Mahfuz yang mendapat 20,524 undi.
