Tiada bukti Covid-19 dari Institut Virologi

WASHINGTON : Laporan Pejabat Pengarah Perisikan Kebangsaan (ODNI) mendedahkan perisikan Amerika Syarikat (AS) tidak menemui bukti bahawa virus Covid-19 berpunca daripada insiden di Institut Virologi Wuhan China.

Menurut laporan itu, agensi perisikan AS tidak mempunyai maklumat yang menyokong dakwaan bahawa tiga saintis di makmal Wuhan itu adalah antara kumpulan pertama dijangkiti Covid-19 dan mungkin telah mencipta virus itu sendiri.

Merujuk kepada maklumat perisikan yang dikumpulkan masyarakat perisikan AS (IC), laporan ODNI itu menyatakan beberapa saintis di makmal Wuhan itu telah menjalankan kejuruteraan genetik koronavirus yang serupa dengan Covid-19.

Bagaimanapun AS “tidak mempunyai maklumat” yang menunjukkan bahawa mereka telah melakukan ujian sedemikian pada virus Covid-19 dikenali sebagai SARS-CoV-2, atau pada mana-mana virus yang cukup berkaitan dengan asal usul pandemik itu.

Sehingga 20 Mac, empat agensi AS termasuk NSA, CIA dan FBI, masih menilai bahawa Covid-19 berkemungkinan disebabkan oleh penularan semula jadi, manakala dua lagi belum membuat keputusan.

Related posts

Leave a Comment