PARIS: Pemimpin 175 negara yang berhimpun di sini selama lima hari bersetuju supaya draf pertama perjanjian antarabangsa bagi memerangi pencemaran plastik disediakan menjelang akhir November.
Jawatankuasa perundingan perhimpunan menggesa penyediaan draf sifar bagi instrumen yang mengikat secara sah menjelang rundingan pusingan ketiga di Nairobi dengan tujuan perjanjian itu dapat dimuktamadkan pada 2024.
Keputusan itu dibuat hasil mesyuarat selama 11 jam diketuai Perancis dan Brazil dan diterima pakai oleh pleno penuh di ibu pejabat Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) di Paris.
Kebimbangan terhadap kesan plastik terhadap alam sekitar dan kesejahteraan manusia meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini bersama-sama dengan penyelidikan yang mendokumentasikan kewujudannya.
Secara semula jadi, mikroplastik telah ditemui di dalam ais berhampiran Kutub Utara dan di dalam ikan yang melayari ceruk paling dalam dan paling gelap di lautan.
Dianggarkan setiap minit sampah plastik dibuang ke lautan daripada lori sampah.
Menurut Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), serpihan plastik dianggarkan membunuh lebih satu juta burung laut dan 100,000 mamalia marin setiap tahun.
Setiap hari dianggarkan paus biru menelan sehingga 10 juta keping mikroplastik setiap hari manakalapada manusia, plastik mikroskopik telah dikesan dalam darah, susu ibu dan plasenta.
Mengikut Program Alam Sekitar PBB, lebih 400 juta tan plastik dihasilkan setiap tahun dan separuh daripadanya direka untuk digunakan sekali saja.
Daripada jumlah itu, kurang daripada 10 peratus dikitar semula, dengan anggaran 19 hingga 23 juta tan metrik plastik berakhir di tasik, sungai dan laut.
(RUJUK juga berita Pencemaran plastik dijangka kritikal 18 Mei 2023)
