Tol percuma berikutnya esok

KUALA LUMPUR 23 April – Tol percuma bagi semua jenis kelas kenderaan di 33 lebuh raya seluruh negara sempena Aidilfitri berakhir semalam selepas bermula pada 19 April lalu.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), dalam satu kenyataan menerusi Facebook malam tadi memaklumkan tol percuma berikutnya adalah pada Isnin, 24 April.

“Sehubungan itu, pastikan baki kad Touch n Go dan e-wallet anda mencukupi sebelum memasuki lebuh raya,” kata kenyataan itu.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, sebelum ini mengumumkan kerajaan bersetuju memberikan Tol Rahmah percuma selama empat hari untuk semua pengguna jalan raya bersempena sambutan Aidilfitri iaitu pada 19 April hingga 21 April dan 24 April.

Related posts

Leave a Comment