JAKARTA 7 Sept. – Sebanyak 3,513 kes baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes di Indonesia meningkat kepada 6,382,002 sejak pandemik dikesan pada 2 Mac 2020.
Jakarta menunjukkan pertambahan tertinggi dengan 1,486 kes diikuti Jawa Barat 697, Banten 390, Jawa Timur 384, dan Jawa Tengah 102 kes.
Bagi kes aktif pula, dalam tempoh 24 jam terakhir terdapat 38,119 kes, turun 13 kes berbanding sebelumnya yang memerlukan rawatan sama ada di hospital atau menjalani kuarantin sendiri.
Sebanyak 3,505 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 6,186,166.
Mengenai jumlah kematian akibat Covid-19, sebanyak 21 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 157,717 kematian.
