Belgium larang perjalanan percutian

BELGIUM mengambil langkah melarang  perjalanan percutian terhadap rakyatnya bermula minggu depan sehingga Mac bagi mengurangkan risiko jangkitan, kata Perdana Menteri, Alexander De Croo

Katanya, perjalanan percutian berkemungkinan meningkatkan risiko jangkitan dan pada masa sama, analisis berkenan ujian Covid-19 menemui varian baharu direkodkan di negara-negara luar.

“Kita bukan membina tembok di seluruh negara. Perjalanan penting masih boleh dilakukan tetapi ia terhad kepada urusan penting,” katanya.

Beliau mengakui langkah yang ketat itu tetapi  sejak beberapa minggu lepas, apabila orang ramai melakukan perjalanan percutian, ia membolehkan virus merebak dengan cepat.

“Kami juga mendapati ujian sampel dari mereka yang bercuti merekodkan lebih banyak varian baharu daripada mereka yang tidak melakukan perjalanan percutian,” katanya.

Perjalanan penting termasuk bagi menguruskan hal keluarga, rawatan perubatan dan bekerja rentas daerah masih boleh dilakukan.

Keputusan tersebut menyusul selepas pemimpin Kesatuan Eropah bersetuju untuk membuka pintu sempadan bagi memastikan urusan perjalanan penting diteruskan.

Related posts

Leave a Comment