Selangor juga mahu ‘hijau bukan biru’

ALOR SETAR 3 Sept. – Pas Selangor hari ini menyertai Kelantan, Terengganu dan Kedah yang bercadang menggunakan logo parti itu, bukannya Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Cadangan itu dikemukakan oleh Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Noor Najhan Mohamad Salleh, ketika sesi perbahasan ucapan dasar presiden di Muktamar Tahunan Pas ke-68 di sini hari ini.

“Pas Selangor, sebagaimana permintaan beberapa negeri lain seperti Kedah, turut meminta izin untuk bertanding menggunakan lambang Pas dalam PRU-15. Setuju atau tidak perwakilan Selangor?,” soalnya yang kemudian disahut dengan laungan ‘setuju’ oleh perwakilan.

Sebelum ini, Pas negeri-negeri berkenaan mahu menggunakan logo sendiri pada PRU akan datang bagi mengelakkan pengundi keliru dengan warna biru.

Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor.berkata, cadangan itu akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Tertinggi PN akan datang.

Related posts

Leave a Comment