Kes harian turun kepada 3,490

PUTRAJAYA 20 Ogos – Jangkitan kes baharu Covid-19 semalam menunjukkan penurunan kepada 3,490 kes berbanding 4,071 kes yang dicatat pada hari sebelumnya.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW,  jumlah keseluruhan kes setakat ini sejak pandemik bermula meningkat kepada 4,752,490.

Sebanyak enam kes kematian dicatat semalam dan tiada kes berlaku di luar fasiliti hospital, ‘brought-in-dead’ (BID) dengan jumlah keseluruhan 36,130 orang meninggal dunia.

Pada masa yang sama, sebanyak 42,767 kes aktif Covid-19 dilaporkan di mana 96.4 peratus atau 41,212 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Sebanyak 1,454 kes dirawat di hospital dengan 75 kini ditempatkan di wad ICU di mana 45 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh pula meningkat kepada 4,670,400 termasuk 3,193 kes pulih yang dilaporkan hari ini.

Related posts

Leave a Comment