Filipina catat peningkatan kes

MANILA 12 Jan. – Filipina terus mencatatkan peningkatan kes harian Covid-19 apabila merekodkan 32,246 kes baharu Covid-19 hari ini, jumlah yang meningkat berbanding 28,007 yang dilaporkan semalam.

Dengan pertambahan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan Filipina setakat pukul 4 petang ini adalah 3,058,634.

Menurut Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina, sebanyak 144 lagi individu dilaporkan meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 52,654 orang.

Sementara itu, jumlah kes sembuh meningkat kepada 2,797,816 orang apabila 5,063 lagi pesakit dilaporkan pulih daripada jangkitan Covid-19.

DoH juga merekodkan daripada jumlah keseluruhan kes, sebanyak 6.8 peratus atau 208,164 adalah kes aktif, juga menunjukkan peningkatan berbanding 181,016 yang direkodkan semalam.

Related posts

Leave a Comment